Pembelajaran Berkhidmat [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

1. Cari maksud pembelajaran berkhidmat Projek berkhidmat atau projek kewarganegaraan ialah komponen amali pendidikan sivik dan kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan Murid dalam bentuk projek Murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah dan merasakan dirinya sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

2. Tujuan pembelajaran berkhidmat -Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewargenegaraan di luar bilik darjah. - Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. -Pembelajaran lebih seronok, bermakna dan konstekstual. -Memberi sumbangan kehidupan yang lebih bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara. -Membentuk masyarakat yang prihatin, patriotik dan bertanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Konsteksual – Membuat kaitan antara apa yang telah dipelajari di dalam kelas dengan bagaimana pengetahuan itu dimanfaat dalam dunia yang sebenar.

3. Jenis2 projek yg boleh dibuat dalam pembelajaran berkhidmat. Projek Dalaman

Projek Luar Bilik Darjah

Buku Skrap Brosur Portfolio Projek Keceriaan

Kajian Kes Khidmat Masyarakat Bencana Alam Anak Angkat

Sudut Pembelajaran Persembahan Budaya Pementasan Kempen Kesedaran Pameran 4. Strategi pembelajaran berkhidmat -perancangan -perlaksanaan -refeksi -laporan -penghargaan

Esei: 1. Apakah itu kertas kerja. Definisi Kertas Kerja Menurut Buku Pengendalian Seminar dan Penulisan Kertas Kerja, Maimunah Haji Omar, Institut Teknologi Mara.  Kertas kerja merupakan sebahagian daripada bentuk penulisan ilmiah.  Kertas kerja biasanya ditulis untuk dibentangkan sama ada dalam persidangan, seminar atau bengkel. Menurut Buku Bahasa Kebangsaan, Longman, Abd Rahman Abd Rasyid dan Yap Kim Fatt  Kertas kerja merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar.  Kertas kerja juga dibentangkan untuk urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  Kertas kerja ialah markalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu.

Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan. Berbanding dengan kertas kerja seminar, kertas kerja ini juga bersifat formal tetapi menggunakan laras bahasa umum yang lebih mudah difahami. Dengan penulisan kertas kerja ini, pembaca atau pihak yang berkenaan akan mendapat gambaran lengkap tentang bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan dengan jayanya. Semua perkara yang berkaitan projek itu akan dijelaskan dalam kertas kerja. Kemungkinan halangan/kekangan yang akan dihadapi dalam projek tersebut juga dikemukakan untuk mendapat maklum balas bagaimana halangan / kekangan itu dapat diatasi.

Ciri-Ciri Kertas Kerja  Kertas kerja hendaklah memenuhi tema dan objektif program.  Kertas kerja tersebut belum pernah dibentangkan atau diterbitkan.  Panjang setiap kertas kerja tidak melebihi 4000 patah perkataan.  Setiap muka surat kertas kerja hendaklah diberi nombor.  Muka surat pertama kertas kerja hendaklah mengandungi nama penulis dan keterangan-keterangan lain mengenai penulis.  Setiap akronim hendaklah ditulis sepenuhnya pada pengenalan pertama.  Jangan menggunakan singkatan dalam penulisan.  Setiap jadual atau rajah hendaklah diberi tajuk.  Jadual atau rajah yang dimasukkan dalam teks hendaklah dimanfaatkan dalam penerangan.  Elakkan menggabungkan dua rajah yang memberi penerangan yang berlainan.

2. Jenis2 projek yg boleh dijalankan di sekolah Projek Dalaman

Projek Luar Bilik Darjah

Buku Skrap Brosur Portfolio Projek Keceriaan

Kajian Kes Khidmat Masyarakat Bencana Alam Anak Angkat

Sudut Pembelajaran Persembahan Budaya Pementasan Kempen Kesedaran Pameran 3. Tujuan amali dijalankan, kaitkan dengan tema. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewargenegaraan di luar bilik darjah. - Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. -Pembelajaran lebih seronok, bermakna dan konstekstual. -Memberi sumbangan kehidupan yang lebih bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara. -Membentuk masyarakat yang prihatin, patriotik dan bertanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Konsteksual – Membuat kaitan antara apa yang telah dipelajari di dalam kelas dengan bagaimana pengetahuan itu dimanfaat dalam dunia yang sebenar.