Ragam Ayat [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

RAGAM AYAT 1 2

Ayat terbentuk daripada gabungan dua kompaun utama iaitu subjek dan predikat. Ayat dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:(a) Ayat inti (b) Ayat tunggal (c) Ayat majmuk

Ayat Inti Ayat inti ialah ayat yang mempunyai subjek dan predikat yang paling ringkas. Ayat inti terbahagi kepada empat pola seperti yang berikut:(a) Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN) Mary adik perempuan saya. Cikgu Ali Guru Matematik. Budak itu murid Tahun Tiga. Bandar Melaka bandar bersejarah. (b) Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK) Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK) Johari bermain badminton. Halimah memasak nasi. Kuda itu melompat. Ibu saya melipat baju. (c) Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS) Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS) Kamal ke perpustakaan. Puan Kamala dari pasar. Kereta api itu ke Singapura. Hadiah ini untuk adik saya. (d) Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA) Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA) Buah durian ini besar. Anjing itu garang. Pisau itu tajam. Perigi itu dalam.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

1

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Perhatikan binaan ayat-ayat tunggal yang berikut: Satu Subjek Sepupunya Mereka Rumah itu Pisau ini

Satu Predikat tinggal di Kuala Kedah. berjalan kaki ke sekolah. sungguh besar. tajam.

Ayat Majmuk Ayat majmuk mengandungi beberapa baris ayat tunggal. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut: (a) Ayat majmuk gabungan (b) Ayat majmuk pancangan (c) Ayat majmuk campuran Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan terbentuk daripada gabungan dua ayat tunggal atau lebih dengan kata hubung gabungan seperti atau, dan, sambil, serta, tetapi dan sebagainya. Perhatikan pembentukan ayat majmuk ganbungan di bawah ini: Ayat Majmuk Gabungan 1 Sheila dan Zakiah berjalan kaki ke sekolah. 2 Roti canai itu sedap tetapi liat.

Cara Pembentukan (a) Sheila berjalan kaki ke sekolah. (Ayat tunggal) (b) Zakiah berjalan kaki ke sekolah. (Ayat tunggal) Kata hubung: dan (a) Roti canai itu sedap. (Ayat tunggal) (b) Roti canai itu liat. (Ayat tunggal) Kata hubung: tetapi

Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat besar (ayat yang sempurna) dan satu atau beberapa ayat kecil/lain yang disisipkan ke dalam ayat besar dan menjadi sebahagian daripada ayat besar itu. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut: (a) Ayat majmuk relatif (b) Ayat majmuk komplemen (c) Ayat majmuk keterangan (a) Ayat majmuk relatif Ayat majmuk relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata relatif yang. Perhatikan contoh binaan ayat majmuk relatif di bawah ini:Ayat Majmuk Relatif 1 Wanita yang berbaju biru itu jururawat pelatih. 2 Banyak pelajar membaca novel yang popular itu.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Cara Pembinaan (a) Ayat besar: Wanita itu jururawat pelatih. (b) Ayat kecil: Wanita itu berbaju biru. Kata relatif: yang (a) Ayat besar: Banyak pelajar membaca novel itu. (b) Ayat kecil: Novel itu popular. Kata relatif: yang

2

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

(b) Ayat majmuk komplemen Ayat majmuk komplemen ialah ayat majmuk yang menggunakan kata komplemen, iaitu bahawa dan untuk. Perhatikan cara binaan ayat majmuk komplemen di bawah ini. Ayat Majmuk Komplemen 1 Anand sedar bahawa dia harus membalas jasa ibunya. 2 Amat penting untuk kita hidup bersatu padu.

Cara Pembinaan (a) Ayat besar: Anand sedar. (b) Ayat kecil: Dia harus membalas jasa ibunya. Kata komplemen: bahawa (a) Ayat besar: Amat penting (b) Ayat kecil: Kita hidup bersatu padu. Kata komplemen: untuk

(c) Ayat majmuk keterangan Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang mengandungi ayat besar dan ayat lain yang berfungsi sebagai penerang. Perhatikan cara binaan ayat majmuk keterangan di bawah ini. Ayat Majmuk Keterangan 1 Kamal tidak datang ke sekolah kerana demam. 2 Kita harus berpindah supaya tidak terperangkap dalam banjir.

Cara Pembinaan (a) Ayat besar: Kamal tidak datang ke sekolah. (b) Ayat keterangan: kerana demam. Kata hubung: kerana (keterangan sebab) (a) Ayat besar: Kita harus berpindah. (b) Ayat keterangan: supaya tidak terperangkap dalam banjir. Kata hubung: supaya (keterangan harapan)

Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat majmuk yang terbentuk daripada gabungan beberapa jenis ayat, iaitu campuran ayat tunggal dan ayat majmuk. Perhatikan cara binaan ayat majmuk campuran di bawah ini. Ayat Majmuk Campuran 1 Kita akan maju dan berjaya dalam bidang perniagaan jika kita berusaha. 2 Saya sangat yakin bahawa kamu akan berjaya dalam bidang lakonan sekiranya kamu berusaha dengan sungguh-sungguh.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Cara Pembinaan (a) Ayat majmuk gabungan: Kita akan maju dan berjaya dalam bidang perniagaan. (b) Ayat keterangan: jika kita berusaha. Kata hubung: dan, jika (a) Ayat besar: Saya sangat yakin. (b) Ayat komplemen: bahawa kamu akan berjaya dalam bidang lakonan. (c) Ayat keterangan: sekiranya kamu berusaha dengan sungguh-sungguh. Kata komplemen: bahawa Kata hubung: sekiranya

3

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3