Binaan Ayat [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

BINAAN AYAT Setiap pembentukan ayat dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Binaan ini terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagai unsur atau konstituen. Susunan inilah yang dikenali sebagai subjek, iaitu hal dan predikat, iaitu perihal. Contoh : Rumah banglo besar itu , rumah Datuk Naim Ayat ini boleh dibahagikan kepada dua konstituen atau unsur, iaitu : - Unsur pertama , “Rumah banglo besar itu” sebagai subjek - Unsur kedua, “rumah Datuk Naim” sebagai predikat Binaan subjek Binaan subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada unsurunsur berikut : - Kata nama - Ganti nama - Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama - Adjektif yang berfungsi sebagai kata nama Subjek kata nama terdiri daripada : - Kata nama am. Contoh : Rumah itu, rumah kawan saya. - Kata nama khas. Contoh : Kuala Lumpur, bandaraya maju. - Kata nama terbitan. Contoh : Kejayaan itu satu rahmat Subjek ganti nama – contoh : Dia seorang pendidik Subjek kata kerja – ia berlaku kerana kata kerja mengambil tugas kata nama, berikutan proses pengguguran kata nama sebelum kata kerja itu. Contohnya : Kegiatan melukis menjadi kegemaran Halim  Melukis menjadi kegemaran Halim Subjek kata adjektif - ia dapat berfungsi sebagai subjek dalam ayat dengan mengambil tugas kata nama yang telah digugurkan daripada frasa berkenaan. Contohnya : Warna merah ialah warna kegemaran Nur  Merah ialah warna kegemaran Nur. Binaan Predikat Binaan predikat sesuatu ayat dapat didirikan daripada unsur-unsur berikut, iaitu : - Frasa nama - Frasa kerja - Frasa Adjektif - Frasa sendi nama Predikat frasa nama sebenarnya dapat mengisi tiga tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek, objek dalam kata kerja tak transitif dan sebagai predikat. Frasa nama dalam predikat dapat terbina daripada nama am, nama kahas dan nama terbitan. Unsur-unsur lain yang boleh menyertai frasa nama ialah kata bilangan, penjodoh bilangan, gelaran kata nama, penerang dan penentu. Contohnya: Penulis cerpen itu , Amir Hamzah  “Amir Hamzah” adalah prediakt kata nama Hari Ahad, hari minggu  “hari minggu” adalah predikat kata nama

Frasa kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat boleh terbentuk daripada unsurunsur berikut : - Kata kerja asal Contoh : Bapa Ali tidur Jam tangan Ali hilang -

Kata kerja terbitan ( berasal daripada kata nama atau kata adjektif yang kemudiannya menerima imbuhan ) Contoh : Saya bersekolah di sekolah kerajaan

-

Kata kerja bantu Contoh : Bangunan hotel itu sedang didirikan

-

Unsur-unsur keterangan ( terkandung dalam kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif dna bertujuan memberi penerangan lanjut mengenai kata kerja tersebut ) Contoh : Bapa membaca akhbar di rumah

Predikat frasa adjektif terdiri daripada kata adjektif yang boleh disertai oleh kata bantu dan kata penguat. Contoh : Orang kaya itu sangat gemuk Predikat frasa sendi nama terbina daripada kata sendi seperti ‘di’ dan ‘ke’ , yang diikuti oleh frasa nama. Dalam binaan ini, kadangkala kata nama arah dimasukkan di antara kata sendi dengan kata nama. Contoh : Arnab di dalam kandang