Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja. 1 subjek Saya Rumah Ali Ahmad

1 predikat sakit cantik tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung. Ayat majmuk

Kata hubung

Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.

dan

Rumah yang besar itu rumah Fazli.

Yang

Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

bahawa

Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.

Apabila

Ayat tunggal (a)      Suhaili  suka makan nasi lemak. (b)      Suhaili suka makan mi sup. (a)      Rumah itu besar. (b)      Rumah itu rumah Fazli. (a)      Dia memberitahu. (b)      Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara. (a)      Dia akan balik ke kampung. (b)      Dia ada masa lapang.

Latihan : (A)        Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk. 1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________ 2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________ 3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________ 4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.  _____________ 5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________ 6.Kucing itu mengiau kerana lapar.    ______________ 7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________ 8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________ 9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________ 10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)         Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk. 1.     Ayah membaca surat khabar. Ayah menonton televisyen.                                    ________________________________________ 2.    Hanita tinggal di Taman Aman. Suresh tinggal di Taman Aman                              _________________________________________ 3.    Amran melayari internet. Amran mencari maklumat terbaru.                        _________________________________________ 4.    Kasut itu berwarna biru. Kasut itu sangat mahal.                                        _________________________________________ 5.    Kami terkejut. Kami terdengar bunyi letupan.                             _________________________________________ 6.    Halim kaya. Halim kedekut.                                                   _________________________________________ 7.  Murid itu mengetuk pintu. Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.                  __________________________________________ 8.  Ibu memarahi adik. Adik bermain di tepi longkang.                               __________________________________________ 9.  Asward tetap pergi ke kelas tuisyen. Asward tidak sihat.                                              __________________________________________

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF Ayat Aktif Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).  Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh. Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini. Ayat Aktif 1. Saya sudah menyiapkan semua kerja      sekolah. 2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar. 3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi. 4. Ayah membelah kayu api itu. 5. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang      itu.

Ayat Pasif 1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan. 2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar. 3.  Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya. 4.  Kayu api itu dibelah oleh ayah. 5.  Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh        mereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:            1.   Ayat aktif transitif             2.   Ayat aktif tak transitif a)   Ayat Aktif Transitif Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek. b)   Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini. 1.   Anak kecil itu pandai menyanyi. 2.   Ibunya sedang mandi. 3.   Motosikal itu terjunam ke dalam gaung. ·         Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.

Jenis-jenis Ayat Pasif Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:-

            1.   Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)             2.   Ayat pasif diri kedua    - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)             3.   Ayat pasif diri ketiga    - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb) Perhatikan penerangan di bawah ini. a)   Ayat Pasif Diri Pertama Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya. Ayat contoh: b)   Rumah itu saya bina. b)   Kereta itu kami beli. b)   Jambatan itu aku robohkan. b)   Ayat Pasif Diri Kedua Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya. Ayat contoh:             1.   Jam tangan itu kamu beli?             2.   Kasut kulit itu awak gilap?             3.   Buku novel itu anda baca? c)   Ayat Pasif Diri Ketiga Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya. Ayat contoh:             1.   Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.             2.   Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.             3.   Lori panjang itu dipandu olehnya/dia. ·         Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua. ·         Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya. Contoh:             1.a)   Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)                b)   Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)             2.a)   Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)                b)   Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)             3.a)   Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)                b)   Nasi itu telah saya tanak. (√)             4.a)   Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)                b)   Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√) Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif’ 1. Kakak menumbuk cili itu sehingga hancur. 2. Kedai itu menjual barang-barang runcit. 3.  Kedai emas awal itu dimasuki perompak pagi semalam. 4.  Pak Ngah mendiami rumah itu sejak sepuluh tahun yang lalu.

5. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan. Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. 6.  Bola itu ditendang oleh Hamid. 7.  Cadangan itu kami sokong. 8.  Makmal Sains itu dirasmikan oleh Datuk Bandar. 9.  Air oren ini dibancuh oleh Aina pagi tadi. 10. Rumput di kawasan itu telah diracun oleh Pak Cik Mail semalam.