34 0 121KB
KATA BANYAK MAKNA Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Melayu yang mempunyai makna lebih daripada satu makna. Senarai kata ganda banyak makna. Kata Ganda
Maksud
mengada-ada
1 menunjuk-nunjuk 2 berkata atau membuat yang bukan-bukan
agar-agar
1 sejenis lumut laut 2 sejenis kuih
alang-alang
1 tidak bersungguh-sungguh 2 sedikit, kurang
anak-anak
1 banyak budak 2 patung
angan-angan
1 cita-cita 2 gambaran/bayangan dalam fikiran
angin-angin
1 desas-desus 2 gelagat
apa-apa
1 segala apa 2 sesuatu
api-api
1 sejenis serangga perosak 2 tumbuhan yang tumbuh pada pokok lain
baik-baik
1 dengan rapi 2 hati-hati
banyak-banyak
1 dalam jumlah yang banyak 2 sungguh-sungguh
bayang-bayang
1 gambar pada cermin 2 rupa yang tak jelas dalam
Ayat Contoh 1 Sejak bergelar bintang filem, Sarinah mula mengada-ada dan beraksi sombong. 2 “Jangan kamu mengada-ada di hadapan orang tua-tua,” kata ibu kepadaku. 1 Penyelam-penyelam itu sedang mencari agar-agar di dalam laut. 2. Agar-agar santan yang dijual di gerai kuih itu sungguh enak rasanya. 1 Pengurus kilang itu menegur para pekerjanya yang bertugas dengan alang-alang sahaja. 2 Alang-alang mandi biar basah. 1 Anak-anak itu sudah berkumpul untuk meraikan Hari Kanak-kanak. 2 Adik suka bermain anak-anak bersama kawan-kawannya. 1 Angan-angannya hendak menjadi angkasawan pertama Malaysia. 2 Panggilan ibunya dari dapur tiba-tiba melenyapkan angan-angan Zubaidah. 1 Angin-angin mengatakan bahawa harga minyak petrol akan turun. 2 Melihat angin-angin Perdana Menteri, pilihan raya mungkin akan diadakan pada tahun ini juga. 1 Pesakit itu tidak memberikan apa-apa reaksi tentang ubat yang diminumnya itu. 2 “Ada apa-apa yang kamu belum faham?” tanya Cikgu Murad kepada murid-muridnya. 1 Tanaman bunga orkid itu musnah diserang api-api. 2 Pokok api-api itu tumbuh subur pada pohon beringin. 1 “Simpan wang ini baik-baik,” pesan Encik Mohan kepada anaknya. 2 Kata anggota polis itu, “Baik-baik ketika kamu melintas jalan raya.” 1 Peniaga gerai minuman itu membuat roti canai banyak-banyak. 2 “Terima kasih banyak-banyak,” kata peminta sedekah itu kepada dermawan itu. 1 Asmah melihat bayang-bayangnya sendiri di cermin muka.
gelap bulat-bulat
1 bentuk bulat 2 dengan begitu sahaja
cita-cita
1 harapan 2 maksud
datang-datang
1 setibanya 2 selalu datang
diam-diam
1 tidak memberitahu sesiapa 2 tidak berbuat apa-apa
terengah-engah
1 tercungap-cungap 2 tergesa-gesa
gilang-gemilang
1 terang-benderang 2 cantik sekali
hangat-hangat
1 sementara masih hangat 2 tidak bersungguh-sungguh
berhati-hati
1 memberi perhatian 2 berawas-awas
ikut-ikut
1 meniru 2 turut campur
kira-kira
1 lebih kurang 2 ilmu hisab
kuda-kuda
1 kayu penyangga tulang bumbung rumah 2 penopang papan hitam
langit-langit
1 bahagian atas rongga mulut 2 kain yang dipasang di bawah atap
2 Ternampak bayang-bayang orang terhendap-hendap di luar rumah itu. 1 Guli yang dimainkan oleh kanak-kanak itu bulat-bulat belaka. 2 Dibelinya buah-buah durian itu bulatbulat tanpa tawar-menawar harganya. 1 Cita-cita Majid ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading. 2 Dia menabung wangnya dalam ASB dengan cita-cita untuk mendapatkan dividen yang baik. 1 Datang-datang dia ke mari untuk meminjam wang sahaja. 2. “Datang-datanglah ke dusun kami apabila tiba musim durian nanti,” kata Pak Saman. 1 Pasangan teruna dan dara itu bernikah diam-diam di negara jiran. 2 Ibu itu meminta anak-anaknya duduk diam-diam ketika beliau sedang memandu kereta. 1 Dia menamatkan larian jarak jauh itu dengan terengah-engah. 2 Puan Mariam bertolak ke pajabat dengan terengah-engah sehingga tertinggal tas tangannya. 1 Dewan tarian itu kelihatan gilanggemilang bermandikan cahaya lampu berwarna-warni. 2 Pakaian primadona itu gilang-gemilang. 1 Mi rebus itu elok dimakan hangathangat. 2 Segala usahanya merupakan hangathangat tahi ayam sahaja. 1 Nenek berpesan, “Berhati-hati selalu sebelum cucu diperdaya orang.” 2 Sentiasalah berhati-hati ketika berada di jalan raya. 1 Kassim mula ikut-ikut kumpulan budakbudak nakal itu merokok. 2 Banyak kaki bola yang ikut-ikut bermain di padang ketika petang. 1 Kira-kira 20 ribu penonton menyaksikan Kosert Bollywood di Stadium Nasional. 2 Semua murid belajar kira-kira waktu di sekolah rendah. 1 Sebelum memasang atap, tukang rumah itu memasang kuda-kuda dahulu. 2 Kuda-kuda papan hitam itu hampir patah. 1 Langit-langit saya luka kerana tercucuk tulang ikan. 2 Langit-langit di bilik rumah yang usang itu sudah reput sama sekali
main-mainan
1 benda yang digunakan untuk bermain 2 barang tiruan yang kelihatan asli
mana-mana
1 barang apa pun 2 siapa-siapa
mati-matian
1 dengan bersungguh-sungguh 2 berpura-pura mati
mentah-mentah
1 tidak dimasak 2 dengan begitu sahaja
minta-minta
1 mengemis 2 moga-moga
bermuka-muka
1 beberapa banyak muka surat 2 berpura-pura
mula-mula
1 pada awalnya 2 sejak
orang-orang
1 boneka 2 patung untuk menakutkan burung
perlahan-lahan
1 tidak tergesa-gesa 2 tidak kuat
berputar-putar
1 berpusing-pusing 2 berbelok-belok
rata-rata
1 rata sekali 2 dihitung panjang
merayau-rayau
1 mengembara 2 berkeliaran
1 Adik kecilku gemar bermain dengan main-mainan. 2 Perompak itu menggunakan pistol main-mainan untuk mengancam tukang emas itu. 1 “Pilihlah mana-mana baju yang encik suka,” kata jurujual itu. 2 “Mana-mana yang setuju sila angkat tangan,” kata pengerusi mesyuarat itu. 1 Askar-askar itu berjuang bermatimatian demi mempertahankan negara. 2 Tawanan perang itu terbaring matimatian ketika dihampiri oleh askaraskar musuh. 1 Ibu gemar makan ulam mentah-mentah. 2 Pinangan lelaki tua itu ditolak mentahmentah oleh ibu bapa gadis remaja itu. 1 Terdapat beberapa orang minta-minta di kaki lima restoran besar itu. 2 Minta-minta luluslah kamu semua dalam peperiksaan akhir nanti. 1 Dia menulis bermuka-muka surat kepada sahabat penanya. 2 Sikapnya yang bermuka-muka amat merugikan dirinya sendiri. 1 Salmah menjadi wanita yang mulamula sampai di kemuncak gunung itu. 2 Mula-mula sampai di Cameron Highlands, kami kagum dengan cuaca sejuknya. 1 Raja yang lemah memerintah itu dianggap seperti orang-orang sahaja. 2 Banyak petani menegakkan orangorang di tengah-tengah sawah masingmasing. 1 Lori tangki itu dipandu perlahan-lahan sahaja. 2 “Tolong cakap perlahan-lahan,” pinta jururawat itu kepada pelawat di dalam wad pesakit itu. 1 Hakim mahkamah menegur saksi yang sedang memberi keterangan berputarputar. 2 Pemandu teksi itu membawa penumpangnya berputar-putar di sekitar bandar untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. 1 Jentolak itu sedang menolak longgokan tanah itu rata-rata. 2 Rata-rata pendapatan peniaga itu sebanyak RM50 sehari. 1 Rombongan pendaki gunung yang tersesat itu merayau-rayau mencari khemah mereka. 2 Kambing-kambing yang terlepas itu
rupa-rupanya
1 barangkali 2 sebaliknya
sangat-sangat
1 terlalu 2 sungguh-sungguh
satu-satu
1 satu demi satu 2 sesuatu
semak-semak
1 belukar 2 kusut (fikran)
sia-sia
1 tidak bermanfaat 2 kurang berhati-hati
bersiap-siap
1 berjaga-jaga 2 berkemas
siapa-siapa
1 orang yang tertentu 2 barang siapa
tahu-menahu
1 tidak tahu apa-apa 2 tidak ambil peduli
tegak-tegak
1 sentiasa tegak (berdiri) 2 dengan begitu sahaja
terumbangambing
1 tenggelam timbul di dalam air 2 gelisah
bertingkattingkat
1 bertindih-tindih 2 sedikit demi sedikit
umang-umang
1 ketam laut yang kecil 2 orang yang suka bergaya dengan pakaian orang lain
merayau-rayau mencari makanan. 1 Rupa-rupanya aku hanya bermimpi. 2 Jurujual yang berniat hendak menipu pelanggannya rupa-rupanya tidak demikian jadinya. 1 Rumah ialah tempat perlindungan yang sangat-sangat diperlukan manusia. 2 Wanita sangat-sangat mengambil berat tentang kecantikan wajah mereka. 1 “Cuba kira benda itu satu-satu,” kata ayah. 2 Pergilah berjumpa doktor jika anda menghidap satu-satu penyakit. 1 Tanah dusun yang terbiar itu dipenuhi semak-semak. 2 Penuntut yang terkandas dalam peperiksaan itu terasa semak-semak di dada. 1 Pelajar yang cerdik itu tidak pernah membuang masanya dengan sia-sia. 2 Banyak orang menuduh orang lain dengan sia-sia sahaja. 1 Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Pahang sudah bersiap-siap untuk menghadapi musim banjir. 2. Pak long sedang bersiap-siap untuk mengahwinkan anak bongsunya itu. 1 Saya tidak mengenali siapa-siapa di dalam teksi yang dinaiki itu. 2 Siapa-siapa yang datang lewat ke sekolah akan didenda oleh guru disiplin. 1 Kami tidak tahu menahu tentang kehilangan wang di dalam laci meja itu. 2 Terdapat kalangan ibu bapa yang tidak tahu-menahu tentang gerak-geri anak mereka di luar waktu sekolah. 1 Rekrut-rekrut tentera itu mesti berdiri tegak-tegak ketika dalam latihan berbaris. 2 Samseng itu cabut lari tegak-tegak setelah dibelasah oleh orang ramai. 1 Sampan kotak itu terumbang-ambing dipukul ombak. 2. Pengurus syarikat kilang haram itu terumbang-ambing kerana syarikatnya disaman oleh pegawai penguatkuasa Majlis Daerah. 1 Rumah pangsa baru itu dibina bertingkat-tingkat. 2 Sepanjang tempoh kerjaya beliau, pangkat Encik Bidin naik bertingkattingkat. 1 Kanak-kanak gemar mencari umangumang di tepi pantai. 2 “Aku benci pada Aminah kerana dia itu
undang-undang
untung-untung
1 sesuatu peraturan 2 peraturan sesebuah perbadanan
1
1 barangkali 2 mudah-mudahan
1
2
2.
ura-ura
1 cadangan 2 perbincangan
1 2
umang-umang, suka memakai bajuku,” kata Lela kepada Saniah. Semua undang-undang negara mesti dipatuhi oleh rakyat. Tiap-tiap ahli kelab dikehendaki menurut undang-undang kelab itu. “Ceritakanlah masalah awak, untunguntung dapat saya membantu,” kata Haida kepada Ali. Seman ingin berhijrah ke bandar, untung-untung dia mendapat pekerjaan di sana nanti. Ura-ura hendak melawat Zoo Negara itu telah kami batalkan. Ura-ura tentang sambutan Hari Guru akan diadakan oleh Kelab Bahasa Melayu pada hari esok.