Kata Pemeri [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

KATA PEMERI 1 2 3

Kata pemeri terdiri daripada ialah dan adalah. Kata pemeri berfungsi sebagai pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam ayat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara yang berikut: (a) secara persamaan antara subjek dengan predikat, dengan penggunaan ialah (b) secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan adalah

Perhatikan penerangan di bawah ini. Kata Pemeri ialah

Penerangan hadir di hadapan frasa nama; untuk menunjukkan persamaan antara subjek dengan predikat

adalah

hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama; untuk menghuraikan subjek oleh predikat

Ayat Contoh 1 Rumah banglo mewah ini ialah rumah Datuk Hamzah. 2 Bungkusan itu ialah hadiah daripada kenalan baharunya itu. 1 Perbuatan kamu itu adalah salah dan tidak bermoral. 2 Tujuan malam amal itu diadakan adalah untuk mengutip derma bagi mengisi tabung bantuan pesakit jantung berlubang.

INFO BAHASA 1 Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Oleh itu, penggunaan adalah dalam ayat-ayat yang berikut dianggap salah. • Adalah dimaklumkan bahawa bekalan air akan terganggu esok. * Seharusnya: Orang ramai dimaklumkan bahawa bekalan air akan terganggu esok. • Banjir kilat itu adalah disebabkan oleh hujan yang lebat. * Seharusnya: Banjir kilat itu disebabkan oleh hujan yang lebat.

2

Kata pemeri adalah boleh hadir bersama-sama kata nafi dalam binaan adalah + kata nafi + kata adjektif Contoh penggunaan dalam ayat: • Jawapan itu adalah tidak munasabah. • Tindakan pihak berkuasa itu adalah tidak adil. PERINGATAN 1 Penggunaan kata pemeri amat terbatas. 2 Kata pemeri kurang digalakkan dalam pembentukan ayat. 3 Dalam sesetengah ayat, kata pemeri adalah atau ialah boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat tersebut. Lihat contoh yang berikut: • Encik Kamaruddin ialah pegawai polis. * Encik Kamaruddin pegawai polis. (ialah boleh digugurkan) • Jawapan kamu adalah tidak betul. * Jawapan kamu tidak betul. (adalah boleh digugurkan)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

1

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3