Kata Nafi [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

KATA NAFI Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif. Dalam bahasa Melayu baku, kata nafi adalah seperti yang berikut:-

tak, tidak dan bukan Perhatikan penerangan di bawah ini. Kata Nafi tak/tidak

bukan



Penerangan Ayat Contoh Digunakan untuk membentuk ayat nafi 1 Ramlan tidak mengendahkan nasihat ibu atau ayat negatif daripada ayat positif bapanya. apabila predikatnya terdiri daripada frasa 2 Mereka tidak bersetuju dengan cadangan adjektif dan frasa kerja. kami. 3 Mata pedang itu tidak tajam. 4 Fikirannya tidak waras. Digunakan untuk membentuk ayat nafi 1 Pemuda itu bukan pegawai polis. atau ayat negatif daripada ayat positif 2 Ayahnya bukan peguam. apabila predikatnya terdiri daripada frasa 3 Anjing itu bukan anjing peliharaan Encik nama. Leong. 4 Basikal itu bukan basikal yang baru dibelinya.

Dalam penulisan, kata nafi bukan dan tidak dapat digunakan menurut kesesuaiannya untuk membentuk ayat nafi daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif.

1

Contoh: 1. Ah Keong tidak di biliknya sewaktu kejadian rompakan itu berlaku. 2. Ayah Mei Fun tidak ke pejabat hari ini kerana demam. 3. Bungkusan itu bukan untuk tunangnya. 4. Khalid bukan di Sarawak sekarang. •

Dalam penulisan, kata nafi bukan boleh digunakan untuk frasa-frasa yang lain daripada frasa nama dengan syarat maksudnya adalah untuk menekankan pertentangan secara lebih jelas. Contoh: 1. Salman bukan bergaduh dengan Salim tetapi bergurau sahaja. 2. Guni padi itu berjahit bukan dengan benang tetapi dengan tali rafia.

• Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata nafi seperti yang berikut:1. Kesalahan menggunakan kata nafi tak atau tidak untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila frasa nama menjadi predikatnya. Contoh: a) Cik Jamaliah tidak jururawat. (X) b) Cik Jamaliah bukan jururawat. (√) 2. Kesalahan menggunakan kata nafi bukan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila frasa kerja menjadi predikatnya. Contoh: a) Mahyun bukan belajar dengan tekun. (X) b) Mahyun tidak belajar dengan tekun. (√)

2