Konsep Ayat Tunggal Menurut Nik Safiah Karim Et [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

Konsep ayat tunggal menurut Nik Safiah Karim et. al. (2008), dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat tunggal, seperti ayat-ayat jenis lain juga dimana ayat tunggal ini terbit daripada ayat dasar. Jika diperhatikan bahagian ayat dasar, binaan ayat dasar mempunyai konstituen subjek yang mendahului konstitun predikatnya. Binaan ayat yang tunggal menyamai binaan ayat dasar, iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat, seperti dalam Jadual 1 berikut : Subjek

Predikat

Ayah Ali

peguam.

Dia

membaca akhbar itu.

Pelumba lari itu

sangat letih.

Fatimah

ke Melaka pagi tadi.

Menurut Tatabahasa Dewan, hukum pembinaan ayat merangkumi subjek dan predikat yang terdiri daripada empat pola ayat dasar iaitu frasa nama + frasa nama, frasa nama + frasa kerja, frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood, muka surat 318 – 323). Namun begitu rumus-rumus

ini sukar difahami oleh murid-murid yang berada di tahap sederhana dan rendah kerana mereka tidak dapat membezakan subjek dan predikat mahu pun kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Menurut Zainudin Bin Dirin (2009) pula menyatakan bahawa setiap ayat yang dibina haruslah gramatis dan ditentukan perbuatan wataknya dengan menggunakan kata kerja. Selain itu, ayat utama yang dibina seharusnya disambut dengan satu pelengkap.