Hukum DM (Diterangkan - Menerangkan [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

HUKUM DM dalam FRASA NAMA 1. (D) merujuk kepada “Diterangkan” manakala (M) merujuk kepada “Menerangkan”. 2. Sesuatu perkara yang mahu “Diterangkan” harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang “Menerangkan”. 3. Misalnya, apabila kita mahu merujuk kepada pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan “pisang” sebagai kata nama yang diterangkan barulah disusuli “goreng” sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, susunan frasa yang betul ialah “pisang goreng” bukannya “goreng pisang” kerana ia merujuk kepada frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama. Unsur Diterangkan (D)

Unsur Menerangkan (M)

Keterangan Frasa

Kelapa

Muda

Buah kelapa yang muda.

Orang

Tua

Orang yang sudah tua.

Guru

Bahasa

Guru yang mengajarkan bahasa.

Serbuk

Cili

Serbuk yang dibuat daripada cili.

Sos

Tomato

Sos yang dibuat daripada tomato.

Kedai Tayar

Haris

Kedai tayar kepunyaan Haris.

Keledek

Goreng

Keledek yang telah digoreng.

Rendang

Daging

Rending yang dibuat daripada daging.

Susu

Lembu

Susu yang diambil daripada lembu.

Lembu

Susu

Lembu yang mengeluarkan susu.

Kekeliruan dalam Hukum DM Bentuk yang Salah

Bentuk yang Betul

Lain – lain hal

Hal lain – lain

Lain – lain kata

Kata – kata lain

Warung goreng pisang Pencuci serbuk

Warung pisang goreng Serbuk pencuci

Petroleum gas

Gas petroleum

Kain sutera batik

Kain batik sutera

Lim Klinik Gigi

Klinik Gigi Lim

Tukang Jahit Marlia

Marlia Tukang Jahit

Kekecualian dalam Hukum DM 1. Kekecualian Hukum DM berlaku apabila penerang mendahului unsur yang diterangkan. 2. Berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan (terutamanya pada nama jawatan) Menerangkan (M)

Diterangkan (D)

Perdana

Menteri

pembantu

penyelidik

naib naib

canselor presiden

ibu

pejabat

timbalan

pengurus

Cari kesalahan dalam ayat – ayat di bawah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

Dia mengalami sakit perut kerana makan cili sos secara berlebihan. Semasa tinggal di asrama, kami selalu dihidangi goreng telur atau roti bakar sebagai hidangan utama. Lain – lain pelajar yang melanggar disiplin telah dikenakan hukuman kelas tahanan, manakala Ahmad pula dikenakan hukuman rotan. Bapa mendapatkan rawatan di Hidayat Poliklinik pada setiap bulan. Emak memasukkan telur kuning ke dalam adunan kek itu sebelum membakar kek tersebut. Emak menggunakan cili serbuk untuk menambahkan keenakan masakannya. Pemandu mini bas itu sudah berkhidmat dengan syarikat tesebut hampir sepuluh tahun. Abang saya menukar tayar di Silverstone Pusat Servis Tayar kerana tayar keretanya telah haus. Encik Sani menghadiahi isterinya sehelai mini telekung yang bersulamkan benang emas. Ahmad telah ditahan oleh tentera polis kerana melarikan diri daripada tugasnya sebagai askar. Negara – Negara Tenggara Asia bekerjasama dalam pelbagai bidang melalui pertubuhan ASEAN. Satu rampasan mercun terbesar telah berjaya dilakukan oleh pihak kastam Perlis. Dia membuka gerai menjual goreng kerepek di hadapan rumahnya untuk menambahkan pendapatan.