32 0 74KB
HUKUM D-M 1 2 3 4
Hukum D-M bermaksud hukum tentang cara kata-kata disusun supaya dapat membentuk frasa nama yang lengkap dan sempurna. “D” bermaksud unsur yang diterangkan manakala “M” pula bermaksud unsur yang menerangkan. Mengikut Hukum D-M: (a) unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadar di kedudukan pertama; (b) unsur yang menerangkan merupakan unsur penerangyang hadar di kedudukan yang kedua. Lihat penjelasan tentang Hukum D-M dalam jadual yang berikut. Diterangkan (D) budak lori kaki kertas guru sos
5
Menerangkan (m) perempuan tangki lima kerja Sains tomato
Oleh itu, penggunaan frasa nama yang susunannya bertentang dengan Hukum D-M hádala salah. Perhatikan penerangan di bawah ini. Frasa Nama (salah) jeruk betik mini panggung wayang Wawasan Wisma belacan sambal goreng ikan bilis kambing susu Kim Rumah Tumpangan Malaya Universiti Negara Zoo Kuala Lumpur Menara tarik teh campur air batu Wong Bengkel Kereta api kereta ekspres
Frasa Nama (betul) betik jeruk panggung wayang mini Wisma Wawasan sambal belacan ikan bilis goreng susu kambing Rumah Tumpangan Kim Universiti Malaya Zoo Negara Menara Kuala Lumpur teh tarik air batu campur Bengkel Kereta Wong kereta api ekspres
Kekecualian Hukum D-M 1 2
Terdapat frasa nama yang terkecuali daripada mengikut Hukum D-M oleh sebab kebiasaan dalam penggunaannya. Kebanyakan frasa nama itu berkaitan dengan nama-nama jawatan seperti yang berikut: Diterangkan (D) Perdana Timbalan Ketua Naib pembantu ibu
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009
Menerangkan (m) Menteri Menteri Menteri Presiden makmal pejabat
1
Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3
Frasa Nama yang Bebas Susunannya 1
2 3
Sesetengah frasa nama seolah-olah salah susunannya kerana tidak mengikut Hukum D-M. Contohnya: * lembu susu atau susu lembu * telur ayam atau ayam telur * daging lembu atau lembu daging Sebenarnya, semua bentuk frasa nama di atas adalah betul kerana frasa-frasa nama itu adalah bebas dari segi susunannya. Hal ini demikian kerana setiap frasa nama itu mempunyai makna yang khusus seperti yang berikut: • lembu susu ialah lembu yang diternak untuk menghasilkan susu • susu lembu ialah susu yang dihasilkan oleh lembu • telur ayam ialah telur yang dihasilkan oleh ayam • ayam telur ialah ayam yang diternak untuk menghasilkan telur • daging lembu ialah isi pada badan lembu • lembu daging ialah lembu yang diternak untuk mendapatkan dagingnya
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009
2
Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3