39 0 358KB
Hukum D-M digunakan untuk memastikan frasa nama digunakan dengan betul. (D) bermaksud diterangkan ‘benda’ kemudian (M) bermaksud ‘menerangkan’ perihal benda tersebut. RINGKASNYA untuk menyebut frasa nama, kita mestilah menyebut nama benda dahulu, barulah diikuti dengan menerangkan sifatnya;
ikan besar bukannya besar ikan kipas putih bukannya putih kipas
pisang goreng bukannya goreng pisang
perkara-perkara lain bukannya lain-lain perkara
negeri lain bukannya lain negeri
Restoran Ali bukannya Ali Restoran
Klinik Gigi bukannya Gigi Klinik
Hal-hal lain bukannya lain-lain hal
Kata yang dihitamkan itu ialah benda (kata nama) yang kemudiannya diikuti dengan keterangan (menerangkan) sifatnya. Walau bagaimanapun, terdapat juga frasa nama yang terkecuali daripada hukum D-M. Hal ini demikian kerana frasa nama tersebut telah digunakan secara meluas, contohnya;1. perdana menteri 2. timbalan menteri 3. naib presiden 4. ibu pejabat 5. pembantu penyelidik ….
Hukum DM FRASA DM DAN HUKUM DM: 1. MAKSUD: a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris. b. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”. M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu. c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”. 2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM : 1
Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat') Contoh: -Rumah saya -Kereta baru -Bebola ikan -Lampu kereta -Buku teks -Kereta Proton -Idea baru Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia. Contoh: -Saya rumah (my house) -Baru kereta (new car) -Ikan bebola (fish ball) -Kereta lampu (car lamp) -Teks buku (text books) -Proton kereta (proton cars) -Baru idea (new idea)
3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:
i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”. Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris) - dia menaiki mini bas. -makan di Aisyah Restoran. -makan Maggie mee. -naik Mara Ekspress -bercicahkan cili sos. -membeli goreng pisang. -di Ah Kong kedai basikal. -berbincang lain hal. Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia) -dia menaiki bas mini. -makan di Restoran Aisyah. -makan mi Maggie. -naik Ekspress Mara. -bercicahkan sos cili. -membeli pisang goreng. 2
-di kedai basikal Ah Kong. -berbincang hal lain.
ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”. Contoh: Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan) -hal lain-lain -perkara lain-lain -peristiwa lain-lain -buku lain-lain-buku bacaan lain-lain Contoh: Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan) -lain-lain -lain-lain -lain-lain -lain-lain -lain-lain
hal perkara peristiwa buku buku bacaan
Contoh: Betul: (betul kerana ‘benda’ di depan dan ‘benda’ digandakan) -hal-hal lain -perkara-perkara lain -peristiwa-peristiwa lain -buku-buku lain -buku-buku bacaan lain. 4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah: i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas. ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut. iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.
Hukum D-M 3
Hukum D-M bermaksud hukum tentang cara kata-kata disusun/diatur supaya dapat membentuk frasa nama yang lengkap dan sempurna. Dalam Hukum D-M, D bermaksud unsur subjek ayat/perkara yang diterangkan. M bermaksud unsur yang menerangkan subjek. Dalam penulisan, gaya bahasa Melayu baku mengutamakan subjek/perkara kemudian diikuti oleh penerangan tentang subjek/perkara berkenaan. Ini berbeza dengan gaya bahasa Inggeris dan bahasa Cina yang mana predikat didahulukan dan diikuti dengan subjeknya.Contoh:
Contohfrasa yang
Diterangkan (inti)
Menerangkan (penerang)
Universirti
Malaya
Guru
Bahasa Malaysia
susu
lembu
Frasa Nama (salah)
Frasa Nama (betul)
Ali Restoran
Restoran Ali
mini bas
bas mini
ayam daging
daging ayam
cili sos
sos cili
gorong ikan bilis
ikan bilis goreng
lain-lain aktiviti
aktiviti-aktiviti lain
contoh nama salah:
Kekecualian Hukum D-M Kekecualian hukum D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama sekali pada nama jawatan. Contoh: Frasa Nama Penerang ( M )
Yang Diterang ( D )
Perdana
Mentari
Naib
Pengerusi
Naib
Canselor
Frasa Nama 4
Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan. Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama. Contoh: Bas awam Basikal adik Basikal Raleigh Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal. Kata yang menyusul ialah penerang frasa. Rumus Frasa Nama (FN) Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal. Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:
Penerang Perdana Tuan Timbalan
Frasa Nama Inti Menteri Ahmad Menteri Pelancongan
Frasa Nama
Nota Penerang nama jawatan Penerang gelaran/panggilan Penerang nama jawatan
Nota 5
Bilangan
inti
Lapan
Penjodoh bilangan bilah
Semua
-
murid
Enam
ekor
buaya
pedang
Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan Penerang kata bilangan Kata bilangan dan penjodoh bilangan
Selain daripada susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang. Contoh: Inti
Penerang Adjektif
Kereta
berkilat
Penerang Kata Penentu belakang Nama/Frasa Nama ayah itu
“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang” contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya. (Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. ) salah Betul Cili sos Sos cili Mini perpustakaan Perpustakaan mini Zaleha Restoran Restoran Zaleha Jaya Klinik Klinik Jaya Kata jamak salah betul mereka-mereka mereka semua kereta-kereta semua kereta para-para pelajar para pelajar empat orang abang-abang empat orang abang kata penguat 6
salah sangat tinggi sekali sungguh jauh sekali paling indah sekali amat menakutkan sekali kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat. Salah Sani mendapat markah yang tertinggi sekali. Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu. kata hubung salah Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya. Badannya besar kecuali kakinya kecil. Kata bilangan salah Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. 7. Kata Sendi i - Dari salah Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu. Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh. ii - Daripada salah Tilam itu dibuat dari getah asli. Sukarmi lebih tinggi dari abangnya. Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama. iii - Pada salah Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan. Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam. Kita mestilah menumpukan taat setia dengan
betul sangat tinggi sungguh jauh paling indah amat menakutkan betul Sani mendapat markah yang tertinggi . Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu. betul Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya. Badannya besar tetapi kakinya kecil. betul Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”. Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
betul Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu. Dari hari ini, saya akan belajar bersungguhsungguh. betul Tilam itu dibuat daripada getah asli. Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya. Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama. betul Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan. Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam. Kita mestilah menumpukan taat setia pada 7
negara. iv - Di salah Saya dilahirkan diSarawak. Ayah awak bekerja dimana ? Penjodoh bilangan salah Setiap orang pelajar. Sesetengah orang rakyat. Seluruh buah negeri. Semua ekor binatang. Kata ganti diri salah Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis. “Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya. Kata adjektif salah Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat. Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya. kata kerja transitif salah Ibu sedang jahit baju kurung. Ayah selalu cuci keretanya. Ayat pasif salah Cerpen itu telah dikarang oleh saya. Latihan itu mesti dibuat oleh kau. Kata tanya salah Kamu berasal dari manakah ? Apa nama pengawas itu ? Bila ayah akan pulang ? Binatang peliharaan awak bernama siapa ? Ejaan salah Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital.
negara. betul Saya dilahirkan di Sarawak. Ayah awak bekerja di mana ?
betul Setiap pelajar. Sesetengah rakyat. Seluruh negeri. Semua binatang. betul Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis. “Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya. betul Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat benar.. Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya. betul Ibu sedang menjahit baju kurung. Ayah selalu mecuci keretanya. betul Cerpen itu telah saya karang.. Latihan itu mesti kaubuat. betul Kamu berasal dari mana ? Siapakah nama pengawas itu ? Bilakah ayah akan pulang ? Binatang peliharaan awak bernama apa ? betul Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital. 8
Kucing itu tidur dibawah meja. Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu. Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab. Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak. Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
Kucing itu tidur di bawah meja. Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu. Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab. Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.
Kata Ganti Diri 1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang. 2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya: *Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah) Kucing itu mati dilanggar lori. (betul) 3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya: *Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah) Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul) 4. Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu, *andaanda, *mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya: *Merekamereka yang bersalah akan dihukum. (salah) Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul) 5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya: *Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah) Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul) 6. Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja. Kata Bilangan 1. Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya. 2. Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut: (a) *Setengah orang tidak suka akan durian. (salah) Setengahsetengah orang tidak suka akan durian. (betul) (b) *Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah) *Tiaptiap pelajar harus berdisiplin. (betul) (c) *Kedua orang itu anggota polis. (salah) Keduadua orang itu anggota polis. (betul) (d) `Berbagai usul dikemukakan­nya. (salah) Berbagaibagai usul dikemukakannya.(betul 3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut: *Parapara peserta sedang berbaris.(salah) 9
Para peserta sedang berbaris. (betul 4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut: (a) *Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah) Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul) (b) *Harganya tiga setengah ringgit. (salah) Harganya tiga ringgit setengah. (betul) 3 Penjodoh Bilangan 1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. 2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya: (a) *para orang pelajar (salah) Para pelajar (betul) (b) *segala ekor binatang (salah) segala binatang (betul) (c) *sekalian orang peserta (salah) sekalian peserta (betul) (d) *seluruh buah negari (salah) seluruh negeri (betul) (e) *semua orang gadis (salah) semua gadis (betul) 4 Kata Sendi 1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat. 2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya: (a) *Ravi suka durian. (salah) Ravi suka akan durian. (betul) (b) *Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah) Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul) (c) *Abang sudah pergi pejabat.(salah) Abang sudah pergi ke pejabat. (betul) (d) *Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul) (e) *Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah) Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul) 3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan. Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada) (b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari) (d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari) (e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari) (f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di) (g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan) 10
h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di) (i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di) j)Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke) k)Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan) l)Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara­ saudara berikan. (bukan * diatas) 5 Kata Kerja Tak Transitif 1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang penuh. 2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang, berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya. Contohnya: (a) *Dia kata kepada saya. (salah) Dia berkata kepada saya. (betul) (b) *Jangan lompat. (salah) Jangan melompat. (betul (c) *Dia senyum kepada saya. (salah) Dia tersenyum kepada saya. (betul) 6 Kata Kerja Transitif 1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. 2. Objeknya mestilah frasa nama. 3. Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber...kan, semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya: (a) *Dia suka baca buku. (salah) Dia suka membaca buku (betul (b) *Ahmad tendang bola itu. (salah) Ahmad menendang bola itu. (betul) 4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i berbagaibagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut: (a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah) Dia memberi saya sebatang pena. (betul) Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul) (b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah) Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul) Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul) 7 Kata Tanya 1. Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. 2. Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa. 3. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan siapa.
11
4. Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja. 5. Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia. 6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut: (a) *Nama kucing ini siapa? (salah) Nama kucing ini apa? (betul) (b) *Apa nama anak saudara ini? (salah) Siapa nama anak saudara ini? (betul) 8 Kata Hubung 1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat. 2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan. (a) Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka) (b) Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun) (c) Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan) (d) Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila) (e) Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila) (f) Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan "agar) (g) Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka) (h) Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga) (i) Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun) (j) Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan * baik...ataupun) 9 Penggunaan Kata yang Tidak Tepat 1. Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya tetapi berlainan maknanya. 2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini. 3. Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan salah dalam ayat. Kata dan Keterangannya Contoh Kesalahan dan Pembetulan Adakah dan Apakah Salah i. Kata adakah digunakan untuk (a) *Apakah benar ceritamu itu? mendapat jawapan ya atau tidak. (b) *Apakah Ali datang semalam? ii. Kata apakah digunakan untuk (c) *Apakah kamu bermimpi? mendapat jawapan tentang nama Betul binatang,benda, keterangan (a) Adakah benar ceritamu itu? tentang sesuatu, dan untuk (b) Adakah Ali datang semalam? menanyakansesuatu yang tidak (c) Adakah kamu bermimpi? khusus. iii. Kesalahan dalam penggunaan kata 12
berlaku apabila kata apakah digunakan pada tempat adakah. Banyak dan Ramai i. Kata banyak mempunyai hubungan dengan jumlah atau bilangan sama ada manusia, benda, atau binatang. ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan dengan keadaan Huh-rendah, riang, gembira, meriah, serba gist, sibuk, tidak sunyi, dan penduduk yang banyak. Jadi, kata ramai menunjukkan suasana atau keadaan. iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata banyak diganti dengan kata ramai. Boleh dan Dapat i. Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan. ii Kata dapat pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan. iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata dapat diganti dengan kata boleh. Bukan dan Tidak i. Kata bukan dan tidak tergolong dalam kelas kata nafi untuk membentuk ayat nafi. ii. Kata bukan tidak boleh digunakan apabila frasa adjektif atau frasa kerja menjadi predikat ayat. iii. Kata tidak pula tidak boleh digunakan apabila frasa nama menjadi predikat ayat. Golong dan Gulung i. Kata golong boleh diberi imbuhan menjadi menggolongkan, tergolong, golongan, dan penggolongan. Tiaptiap kata ini berbeza maknanya. ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan menjadi bergulung, mengulung, tergulung, dan gulungan. iii. Kata golong dan gulung ini sering
Salah (a)* Ramai orang yang Nadir dalam majlis itu. (b) *Tidak ramai orang yang suka akan ikan air tawar (c) *Sudirman mempunyai peminat yang ramai. Betul (a) Banyak orang yang Nadir dalam majlis itu. (b) Tidak banyak orang yang suka akan ikan air tawar. (c) Sudirman mempunyai peminat yang banyak.
Salah (a) *Adik saya sudah boleh menungang basikal. (b) *Dia tidak boleh Nadir kerana deman. (c) *Saya tidak boleh berlari kencang kerana badan saya gemuk. Betul (a) Adik saya sudah dapat menunggang basikal. (b) Dia tidak dapat Nadir kerana demam. (c) Saya tidak dapat berlari kencang kerana badan saya gemuk. Salah (a) *Beg ini bukan berat. (b) "Adik bukan tidur di bilik. (c) *Dia bukan menulis surat. Betul (a) Beg ini tidak berat. (b) Adik tidak tidur di bilik. (c) Dia tidak menulis surat.
Salah (a) *Gulungan petani memerlukan bantuan. (b) *Mereka tergulung dalam kumpulan orang baik-baik. (c) "Beliau menggulungkan mereka sebagai penentang. (d) *Kakak sedang menggolong tikar. Betul (a) Golongan petani memerlukan bantuan. (b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang baik-baik. (c) Beliau menggolongkan mereka sebagai penentang. (d) Kakak sedang menggulung tikar. 13
salah digunakan dan salah dieja kerana seakan-akan sama bentuknya. Menonton dan Menuntun i. Kata menonton bererti melihat sesuatu pertunjukan. Selain itu, ada pula kata mempertontonkan, tontonan, dan penonton. Setiap kata ini berbeza maknanya. ii. Kata menuntun pula bererti memimpin. Selain itu, ada juga kata lain seperti bertuntun, tuntunan, dan penuntun. Setiap kata ini pun berbeza maknanya. iii. Penggunaan kata menonton sering dieja salah sebagai menuntun kerana bentuknya seakan-akan sama. Pedalaman dan Pendalaman i. Kedua-dua kata ini berasal daripada kata yang sama (dalam) tetapi berbeza maknanya. ii. Pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan dan kemudahan. iii. Pendalaman pula bererti usaha mendalami atau mendalamkan. iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaannya. Pendapat dan Pendapatan i. Kedua-dua kata ini pun berasal daripada kata yang sama (dapat) tetapiberbeza maknanya. ii. Pendapat bererti buah fikiran atau pandangan. iii. Pendapatan pula bererti hasil pencarian yang biasanya dihubungkan dengan gaji atau upah. iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata pendapatan digunakan pada tempat pendapat. Tembok dan Tembuk i. Tembok bererti dinding atau halangan yang dibuat daripada batu. Kata ini boleh dibentuk menjadi kata kerja menembok yang bererti mendinding. ii. Tembuk pula bererti tembus atau
Salah (a) *Kami menuntun televisyen sehingga larut malam. (b) *Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama. (c)*Filem Mandarin semakin kerap menjadi tuntunan kita. (d)*Para penuntun bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola. Betul (a) Kami menonton televisyen sehingga larut malam. (b) Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama. (c) Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita. (d) Para penonton bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola.
Salah (a) *Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air. (b) *Pedalaman dasar Sungai Kelang di lakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir. Betul (a) Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air. (b) Pendalaman dasar Sungai Kelang dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.
Salah (a) *Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan? (b) "Pada pendapatan saya,penswastaan banyak membawa kebaikan. Betul (a) Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan? (b) Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.
Salah (a) * Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti. (b) *Tapak kasut ini sudah tembok. (c) *Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektrik. Betul (a) Tembok Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti. 14
berlubang. Kata ini pun boleh dibentuk menjadi kata kerja menembuk yang bererti membuat lubang. iii. Kesalahan penggunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaannya.
(b) Tapak kasut ini sudah tembuk. (c) Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik.
Bentuk Jamak 1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui: (a) pengulangan kata nama seperti burungburung, guruguru, kawankawan, dan sebagainya. (b) penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah kereta, semua pelajar, para pemudi, dan sebagainya. (c) Pengulangan kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi, dan sebagainya. (d) pengulangan kata yang mendu­kung makna jamak seperti rakyat. 2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang. Misalnya: (a) *dua buah keretakereta (salah) dua buah kereta (betul (b) *semuapelajarpelajar(salah) semua pelajar (betul (c) "para pemudipemudi (salah) para pemudi (betul) 3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang. Misalnya: *Rakyatrakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah) Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul (b) 4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Misalnya: Lukisanlukisan itu cantikcantik belaka. (salah) Lukisan itu cantikcantik belaka. (betul) (b) *Bangunanbangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (salah) Bangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (betul) 11 Hukum DM 1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk membentuk frasa nama dalam ayat. 2. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenangwenang. Misalnya: (a) *"lainlain hal(salah) halhal lain (betul) (b) *Malik kedai runcit (salah) kedai runcit Malik (betul) (c) `goreng pisang (salah) pisang goreng (betul) (d) `cili sos (salah) 15
(e)
sos cili (betul) *mini estet(salah) estet mini (betul)
12 Frasa Adjektif 1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat. 2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat. Contohnya: sangat besar atau besar sekali. 3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif sekaligus. Misalnya: (a) "Ubat itu sangat pahit betul. (salah) Ubat itu sangat pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul) Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah) Soalan inilah yang paling sukar. (atau) Soalan inilah yang sukar sekali. (betul) 4. Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan. Misalnya: (a) *Asmah mendapat markah yang paling terbaik. (salah) Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul) (b) *Stadium inilah yang terbesar sekali di dunia. (salah) Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul) 5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasz sendi apabila diperluas. Misalnya: (a) *Saya gemar lagulagu Melayu asli. (salah) Saya gemar akan lagulagu Melayu asli. (betul) (b) *Kami benci sikapnya itu. (salah) Kami benci akan sikapnya itu.(betul) 13 Frasa Kerja Tak Transitif 1. Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja talk transitif sebagai kata kerja utamanya. 2. Kata kerja talk transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi kerana akhiran kan pada apitan ber...kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi dengan, atau pada, atau tentang. Misalnya: (a) *berdasarkan pada keterangan ini (salah) berdasarkan keterangan ini (betul) (b) *bertanyakan khabar (betul bertanyakan tentang khabar (salah) 3. Frasa kerja talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya: (a) *Ingatkah kamu janji janjimu? (salah) Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul) (b) *Kami ingin bertemu Pengetua esok. (salah) 16
Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul) 14 Frasa Kerja Transitif 1. Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu. 2. Antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain tidak boleh disisipkan. Misalnya: (a) *Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah) Kami membincangkan masalah itu. (betul) (b) *Dia membeli banyak buah.(salah) Dia banyak membeli buah. (betul) (c) *Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah) Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul) Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul) 15 Frasa Kerja Pasif Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut bentuk terikat. Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata kerja pasif itu. Misalnya: (a) *Surat itu saga akan balas.(salah) Surat itu akan saga balas. (b) *Orang itu kita patut Bantu.(salah) Orang itu patut kita Bantu. (betul) (c) *Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah) Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul) 3. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh disamakan. Misalnya: (a) *Buku itu dibaca oleh saya.(salah) Buku itu saya baca. (betul) (b) * Mejameja itu disusun oleh kami. (salah) Mejaineja itu kami susun. (betul) (c) *Nota itu ditulis oleh kamu? (salah) Nota itu kamu tulis? (betul Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua. Misalnya: (a) *Dinding itu dia conteng. (salah) binding itu diconteng olehnya. (betul) (b) Drama itu mereka persembah­kan. (salah) Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul) 1. 2. ayat.
Ayat Tergantung Ayat terdiri daripada subjek dan predikat. Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan
17
3. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti yang berikut. *Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya) Negaranegara di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjeknya Negaranegara) 4. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti yang berikut. (a) *Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya) Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah) (b) *Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya) Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dart sim) atau Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah) Beberapa contoh "ayat tergantung" yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang berikut. (a) *Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada subjeknya) Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (Subjeknya: Keterangan im) (b) *Bagi setiap orang mesti mematuhi undangundang. (tidak ada subjeknya) Setiap orang mesti mematuhi undangundang. (subjeknya: setiap orang) *Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya) Seluruh kawasan sudah dinaiki air. (subjeknya: Seluruh kawasan)
BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA HUKUM D-M Salam sejahtera, hari ini ialah hari yang kelima dalam bulan Syaaban. Hal ini bermakna ada 24 hari lagi sebelum tibanya 1 Ramadan atau 53 hari lagi sebelum tibanya 1 Syawal. Namun demikian, kain rentang, pemidang, risalah, bahkan media cetak dan media elektronik telah mula berlumba-lumba menyiarkan pelbagai iklan untuk mempengaruhi pembeli membeli produk yang diiklankan sebagaimana dalam foto di bawah.
18
Pemidang yang direntangkan di hadapan sebuah pasar raya di Senawang di atas sememangnya menarik perhatian orang ramai, termasuk penulis. Namun begitu, bagi penulis yang menarik perhatian bukanlah produk yang diiklankan, tetapi kecelaruan bahasa yang terdapat dalam pemidang di atas.
Dalam posting yang kedua penulis telah menyentuh sepintas lalu tentang Hukum D-M. Hukum ini dinamakan sedemikian bukan kerana nama individu yang memperkenalkannya tetapi kerana singkatan daripada dua perkatan iaitu Diterangkan dan Menerangkan. Hukum D-M ini hanya digunakan dalam binaan Frasa Nama dan tidak melibatkan Frasa Kerja, Frasa Adjektif mahupun Frasa Sendi Nama. Mengikut Hukum D-M, jika terdapat dua atau lebih perkataan dalam binaan frasa nama, unsur yang hendak diterangkan (yang dibei penekanan) hendaklah mendahului unsur yang menerangkan (penerangan tentang unsur tadi). Tegasnya, unsur D terletak di hadapan unsur M. Sering kita temukan kesalahan frasa nama yang tidak mematuhi Hukum D-M seperti: cili sos, mini bas, maggie mi, Kasim Restoran, lain-lain hal, lain-lain faktor, dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana pengaruh hukum M-D dalam bahasa Inggeris, kerana unsur yang menerangkan (M) mendahului unsur yang diterangkan (D). Oleh sebab itu, frasa seperti Hilton Hotel, red lorry, chilli sauce, mini bus, dan sebagainya adalah betul mengikut bahasa Inggeris tetapi salah mengikut Hukum D-M. Berbalik kepada pemidang di atas, sekiranya diperhatikan dengan teliti, sebenarnya terdapat empat kesalahan yang sangat ketara. Kesalahan yang pertama ada kaitannya dengan Hukum D-M yang sedang dibincangkan, iaitu Pre-Raya Promosi sepatutnya ditulis: Promosi Praraya. Unsur yang hendak diterangkan (D) ialah promosi, manakala unsur yang menerangkan (M) ialah praraya. Kesalahan yang kedua ialah Pre-Raya. Dalam bahasa Melayu awalan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu pre- (yang bermaksud sebelum) ditulis sebagai pra. Kesalahan yang ketiga ialah huruf r pada perkataan raya tidak perlu ditulis dengan huruf besar kerana raya bukanlah kata nama khas. Kesalahan yang keempat, oleh sebab raya tidak perlu ditulis dengan huruf besar, tanda sempang tidak diperlukan untuk memisahkan awalan pra dengan raya. Berdasarkan peraturan dalam Hukum D-M, jelaslah bahawa binaan yang betul bagi keseluruhan frasa ialah: Promosi Praraya 19
Catatan: Tiga mesej penting yang hendak disampaikan melalui tulisan ini ialah yang pertama, semua pihak khususnya para pengiklan memahami binaan frasa nama yang betul mengikut Hukum DM. Mesej yang kedua ialah pengiklan juga tidak seharusnya terlalu ghairah untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dengan mengaitkannya dengan hari raya kerana puasa pun belum lagi. Mesej yang ketiga ialah pengguna perlu berhati-hati kerana berdasarkan pengamatan penulis yang sering melalui kawasan tersebut, iklan jualan produk sedemikian telah dipaparkan sepanjang tahun di situ tetapi dengan sedikit perubahan.
GLOSARI KOMSAS MINGGUAN H IPERBOLA GAYA PERBANDINGAN YANG MENYATAKAN SESUATU SECARA BERLEBIH -LEBIHAN ATAU MELAMPAU CONTOH : MELENTUR MIMPI MENJELAJAH DUNIA SAUJANA
S IMILE PERUMPAMAAN YANG SECARA JELAS MENGUNGKAPKAN SESUATU PERBANDINGAN ATAU PERSAMAAN DENGAN MENGGUNAKAN KATA " BAGAI , LAKSANA , MACAM , SEPERTI , UMPAMA , BAK" CONTOH : BAK PAUH DILAYANG BAGAI PINANG DIBELAH DUA IBARAT API DALAM SEKAM MACAM LIPAS KUDUNG LAKSANA BULAN DIPAGAR BINTANG SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA
MUTIARA KATA B I A R L A H KI T A M E N J A D I M A N U SI A Y A N G MA M P U ME N G U B A H S U A S A N A J A N G A N ME N J A D I M A N U S I A Y A N G M U D A H T E R K E S A N ( B E R U B A H ) K E R A N A SUASANA .LAIN-LAIN TEMPAT. atau .TEMPAT-TEMPAT LAIN.? Oleh Normala Mohamad Yusof 20
MESKIPUN kita sering meletakkan surat di dalam peti pos yang disediakan oleh Pos Malaysia, namun pastinya masyarakat umum tidak perasan akan kesalahan yang terdapat dalam kenyataan pada peti pos tersebut. Sekali imbas, kelihatannya memang tidak ada yang tidak kena pada kenyataan tersebut. Namun, jika kita perhatikan dari struktur nahu yang betul, kenyataan “LAIN-LAIN TEMPAT” tersebut jelas tidak mematuhi peraturan D-M (diterangkan dan menerangkan) atau hukum D-M. Mengikut hukum D-M unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Oleh itu, kenyataan “LAIN-LAIN TEMPAT” seharusnya menjadi “TEMPAT-TEMPAT LAIN” kerana “tempat” ialah intinya manakala “lain” menjadi penerang kepada “tempat”. Selain itu, banyak lagi contoh penggunaan bahasa Melayu yang menyalahi hukum D-M. Paling ketara, nama-nama kenderaan bergerak seperti bas henti-henti dan bas ekspres sering terikut-ikut dengan struktur bahasa Inggeris. Contoh lain ialah “Aneka Jasaramai Ekspres” yang seharusnya menjadi “Ekspres Aneka Jasaramai”. Namun begitu, terdapat kekecualian dalam peraturan ini. Penerang yang mendahului unsur yang diterangkan telah diterima pakai kerana penggunaannya sudah mantap terutamanya pada nama-nama jawatan. Contohnya: Meskipun peraturan atau hukum D-M ini Frasa Nama Penerang (M) Yang Diterangkan (D) Pe rd a n a Mente r i Ti m b a l a n Mente r i Naib Pre s i d e n Timbalan Pe n g e r u s i Ibu pejabat hanya satu isu yang kecil dalam bahasa Melayu, namun ketidakpatuhan kita menggunakannya di tempat-tempat awam sedikit sebanyak akan mencemarkan penggunaan bahasa kebangsaan. Klik DBP tidak berhasrat 21
menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi menjadikannya sebagai satu teguran membina demi kedaulatan bahasa kebangsaan kita. Ada yang menyatakan bukan hukum tetapi sekadar peraturan, namun biar apa sekalipun, itulah kepelbagaian bahasa Melayu. Indah dan pelbagai. Hukum ini merujuk kepada pembinaan frasa yang sering bercelaru di kalangan pelajar dan penutur bukan jati. Akronim 'D' merujuk kepada diterang dan 'M' menerang, memberi sedikit gambaran tentang hukum yang mengikatnya. Cuba perhatikan frasa nama berikut; 'Klinik Ghazali' sudah pasti sangat berbeza dengan bahasa Inggeris begitu juga bahasa-bahasa lain yang tidak tertakluk dengan hukum ini. Dalam bahasa Inggeris frasa berkenaan ditulis sebagai 'Ghazali Clinic', ini menjelaskan bahawa yang diterangkan dalam frasa nama berbahasa Melayu di atas ialah 'Klinik' bukannya 'Ghazali' kerana pesakit akan ke 'Klinik' bukan ke 'Ghazali' dan klinik tersebut sudah pastilah doktornya bernama Ghazali. Oleh itu, jika penerangan tentang klinik yang mana akan ditujui, maka yang berubah cuma nama pemilik klinik untuk menerangkan destinasi sebenar, seperti 'Klinik Sulaiman', 'Klinik Suhaizat', 'Klinik Fadhilah' dan sebagainya. Contoh lain seperti, 'Dewan Rakyat', 'Istana Negara', 'kilang kelapa sawit', 'roti Perancis' dan sebagainya. Perhatikan pula frasa nama berikut ini yang bergabung dengan kata kerja; 'pisang goreng' merupakan frasa yang sering ditulis dan disebut sebagai 'goreng pisang'. Penjelasan mudah bagi frasa tersebut ialah kita makan pisang bukannya makan goreng. Ini kerana yang dimakan ialah pisang yang telah digoreng bukannya goreng yang telah dipisangkan. Maka frasa seperti ini sering disalah anggap sebagaimana bahasa Inggeris menyebut sebagai 'fried banana' . Begitu juga dengan 'ayam percik', 'mi goreng', 'nasi kukus', 'jambatan gantung', 'roti canai' dan sebagainya. Berikut perhatikan pula pembinaan frasa yang menggabungkan kata nama dan kata adjektif seperti; 'stadium mini' yang menerangkan tentang stadium yang bersaiz mini. Contoh-contoh lain termasuklah 'nasi lemak', 'surat khabar lama', 'rumah teres', 'Menteri Besar', dan sebagainya. Maka, ini menjelaskan bahawa frasa yang sering kita lihat dan gunakan perlu mematuhi hukum ini dalam pembinaannya. Namun, terdapat beberapa kekecualian yang mengganggu keupayaan kita menyatakan hukum ini sebagai satu hukum yang jitu. Inilah antara sebab mengapa sebahagian ahli bahasa hanya meletakkannya sebagai Peraturan DM bukan Hukum DM. Sebagai contoh 'Perdana Menteri' dan bandingkan dengan 'Menteri Besar' kemudian bandingkan pula dengan 'Ketua Menteri'. Dimanakah kekuatan peraturan yang diperkatakan di atas dan meletakkannya sebagai kekecualian. Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Kerap kita mendengar orang berkata ‘goreng pisang’ untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’. Seharusnya bentuk yang betul ialah ‘pisang goreng’ kerana kita merujuk kata nama ‘pisang’ sedangkan perkataan ‘goreng’ merujuk kata kerja ‘goreng’ dan merupakan penerang bagi perkataan ‘pisang’ dalam frasa berkenaan. Namun disebabkan kebiasaan pertuturan dan diterima, tambahan pula 22
difahami oleh masyarakat, sesetengah kita menerimanya sebagai betul sedangkan hakikatnya dari sudut tatabahasa pembentukannya adalah salah. Hal yang sama dapat dilihat pada frasa ‘lain-lain hal’ sedangkan hakikatnya kita merujuk ‘hal’ bukannya ‘lain-lain’. Seharusnya pembetukan frasa berkenaan ialah ‘hal-hal lain’ kerana ‘hal’ tersebut yang banyak bukannya ‘lain’. Hal ini berpunca daripada kebiasaan sebutan dan ‘sedap’ bunyi sebutan yang diterima oleh penutur lisan bahasa Melayu kerana pada sesetengah keadaan sebutannya konsisten. Misalnya kita tidak akan menyebut ‘tua kelapa’ bagi merujuk ‘kelapa yang sudah tua’, sebaliknya dalam apa-apa juga keadaan kita akan menyebut ‘kelapa tua’ bagi merujuk frasa nama berkenaan. Pembentukan Hukum D-M Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan konstituenkonstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peratran tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama. Hukum D-M tergolong dalam bahagian frasa nama. Pada dasarnya (D) merujuk aspek yang ‘Diterangkan’ manakala (M) merujuk aspek yang ‘Menerangkan’. Menurut hukum tatabahasa, sesuatu perkara yang mahu ‘diterangkan’ harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang ‘menerangkan’. Misalnya apabila kita mahu merujuk pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan ‘pisang’ sebagai kata nama yang mahu diterangkan barulah disusuli ‘goreng’ sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, seharusnya susunan frasanya menjadi ‘pisang goreng’ bukannya ‘goreng pisang’ kerana ‘goreng pisang’ merujuk ‘goreng’ sebagai perkataan yang mahu diterangkan iaitu kata kerja dan ‘pisang’ sebagai kata yang menerangkan perkataan goreng. Maka apabila disebut ‘goreng pisang’ kita seharusnya merujuk frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama. Dengan kata lain, dalam pembentukan hukum D-M, unsur yang ‘Diterangkan’ merupakan unsur inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur yang ‘Menerangkan’ merupakan unsur penerang yang diletakkan pada kedudukan kedua. Contohnya: Bil. Unsur Diterangkan (D) Unsur Menerangkan (M) Keterangan Frasa 1 - Kelapa - tua - buah kelapa yang sudah tua 2 - Orang - muda - orang yang masih muda 3 - Guru - sains - guru yang mengajarkan sains 4 - Serbuk - cili - serbuk yang dibuat daripada cili 5 - Sos - tomato - sos yang dibuat daripada tomato 6 - Restoran - Zaini - restoran kepunyaan Zaini 7 - Kedai Buku - Harris - kedai buku kepunyaan Harris 8 - Keledek - goreng - keledek yang telah digoreng 9 - Kacang - rebus - kacang yang sudah direbus 10 - Rendang - daging - rendang yang dibuat daripada daging. 11 - Susu - lembu - susu yang diambil daripada lembu 12 - Lembu - susu - lembu yang mengeluarkan susu Kebanyakan kekeliruan yang timbul dikenal pasti berpunca daripada kebiasaan sebutannya dalam bahasa Inggeris yang struktur pembentukannya berbeza daripada struktur Bahasa Melayu. Misalnya dalam bahasa Inggeris ‘Restoran Yusof’ disebut sebagai ‘Yusof Restaurant’. Hakikatnya dalam bahasa Melayu kita memperkatakan ‘Restoran’ yang dimiliki oleh Yusof, maka seharusnya kita meletakkan unsur ‘Restoran’ pada kedudukan pertama sebagai aspek yang ‘Diterangkan’ barulah diikuti oleh ‘Yusof’ sebagai unsur yang ‘Menerangkan’ iaitu yang memiliki restoran berkenaan. Frasa berkenaan seharusnya disebut sebagai ‘Restoran Yusof’. 23
Dari sudat makna, jika disebut ‘Yusof Restoran’, maka sebenarnya kita merujuk kepada ‘Yusof’ sebagai ‘restoran’. Bukankah perkara ini ganjil kerana Yusof ialah manusia bukannya sebuah restoran. Dalam sesetengah keadaan, terdapat frasa yang boleh disusun secara terbalik tetapi membentuk makna yang berbeza, bergantung kepada unsur yang disebut dahulu. Misalnya frasa nama ‘susu lembu’ merujuk maksud ‘susu yang diambil daripada lembu’. Manakala ‘lembu susu’ merujuk maksud ‘lembu yang dipelihara untuk tujuan mendapatkan susunya’. Maka dari segi ayat haruslah disebut mengikut maksud yang ingin disampaikan. Contohnya; 1. Ahmad minum susu lembu pada setiap pagi. 2. Ahmad memelihara beberapa ekor lembu susu. Ulasan: Ayat 1 merujuk kepada susu. Manakala ayat 2 merujuk kepada lembu yang dipelihara bagi mendapatkan susunya. Maka apabila ayat 1 diubah kepada ‘lembu susu’ maka dari segi maksud, maknanya agak ganjil kerana tidak mungkin ‘Ahmad minum lembu’ sedangkan hakikatnya ‘Ahmad minum susu’. Manakala ayat 2 pula jika diubah kepada ‘susu lembu’ juga menimbulkan kekacauan maksud ayat kerana tidak mungkin ‘Ahmad memelihara susu’, sedangkan maksud yang tepat ialah “Ahmad memelihara lembu’. Kekeliruan Hukum D-M Dalam pembentukan frasa nama yang berkaitan dengan Hukum D-M, terdapat beberapa kekeliruan kerana kebiasaan penggunaan yang diterima pakai dalam pertuturan harian sebagai frasa yang betul. Hal ini berpunca daripada pemahaman masyarakat (masyarakat memahami frasa tersebut) terhadap frasa berkenaan, sedangkan hakikatnya dari segi hukum tatabahasa perkara ini menyalahi hukum pembentukan frasa nama. Antara frasa nama yang kerap menimbulkan kekeliruan ialah; Bil. Bentuk Yang Salah Bentuk Yang Betul 1. - lain-lain hal - hal-hal lain 2. - lain-lain perkara - perkara-perkara lain 3. - lain-lain masalah - masalah-masalah lain 4. - lain-lain kata - kata-kata lain 5. - warung goreng pisang - warung pisang goreng 6. - Adnin Kedai Runcit - Kedai Runcit Adnin 7. - tomato sos - sos tomato 8. - pencuci serbuk - serbuk pencuci 9. - Tan Klinik Gigi - Klinik Gigi Tan 10. - petrolium gas - gas petrolium • Semua bentuk di atas bertentangan dengan pembentukan hukum D-M dari segi maksud frasa berkenaan kerana unsur utama (‘Diterangkan’) terletak di belakang unsur yang ‘Menerangkan’. Semua bentuk di atas merupakan terjemahan terus mengikut struktur bahasa Inggeris
24