39 0 669KB
SCALPING 10 PIPS NAKED CHART SCALPER (4 TIMEFRAME ) BY ABANGHENSEM@SHAH10PIPS 2018
“Mudah Jana Profit dengan risiko yang rendah”
PERINGATAN!! Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca EBOOK SCALPER NAKED CHART by ABGHENSEM.
Ini merupakan EBOOK NAKED CHART pertama yang di keluarkan oleh owner 10 pips , dan satu-satunya teknik yang di gunakan tanpa sebarang indikator.
Ebook ini di hasilkan atas permintaan yang memberansangkan dari trader di luar sana selepas penjualan EBOOK 10 PIPS version 1 2 3 berjaya di jual sebanyak 5000 unit pdf.
Segala isi kandungan ebook ini termasuk gambar , teks dan grafik adalah hak milik mutlak ABGHENSEM@SHAH10PIPS. Anda tidak di benarkan untuk mencetak , menyalin atau menjual isi kandungan ebook ini semula demi kepentingan diri sendiri. Adalah HARAM bagi mereka yang mendapatkan ebook ini secara PERCUMA dari pemilik asal.
Jika anda di dapati mencetak dan menyalin segala isi kandungan , pemilik asal tidak akan tergaka-agak untuk mengenakan tindakan selanjutnya.
Kerjasama anda amatlah di hargai , dan team abang hensem akan berusaha untuk membantu semua trader di luar sana agar lebih konsisten dan menjadi trader berjaya,
APA ITU SCALPING? Scalping adalah satu gelaran kepada trader yang membuka dan menutup posisi trading dalam jangka masa yang pendek. Iaitu 1 minit - 5 minit.
Kebiasaan nya , para trader akan mengambil keuntungan sekurang-kurangnya 3 hingga 10 pips dengan menggunakan timeframe 15 minit kebawah.
Kenapa Anda Perlu Memilih Teknik SCALPING?
Ini kerana , trader berpeluang mengurangkan risiko kerugian dalam trading dan mampu menjana keuntungan berganda mengikut kadar pip yang akan mereka tentukan sendiri.
Pemilihan Broker Terdapat banyak broker yang membenarkan trader membuka posisi secara scalping. Di antaranya adalah seperti Broker XM , Broker FBS , Oanda , Forts Broker dan banyak lagi.
Namun begitu , ada sesetengah broker tidak menyediakan scalping method. Anda kena bijak dalam memilih broker yang ada di luar sana.
SCALPER NAKED CHART
Scalping naked chart ini menggunakan 4 jenis timeframe , iaitu h1 , m30 , m15 dan juga m5 berdasarkan pergerakan harga semasa.
Kenapa perlu menggunakan 4 timeframe?
Ini kerana kita perlu mencari titik entry , stop loss dan take profit mengikut pergerakan harga semasa dengan tepat serta mampu meminimum kan risiko semasa scalping.
Cara Open Position Menggunakan Pergerakan Harga
1. Scalping menggunakan 4 timeframe ini anda hanya perlu fokus ketika market tengah trending sahaja dan pada waktu tertentu, Iaitu setiap 1 jam .
Dengan menggunakan trading sistem 4 timeframe ini , anda tidak perlu duduk mengahadap chart setiap masa. Kerana anda hanya perlu fokus 1 jam . Iaitu 30 minit , 15 minit dan 5 minit terakhir sahaja. Adapun sebahagian trader gemar fokus pada 15 minit terakhir.
Jika syarat open position cukup dalam tempoh 1 jam terkahir , anda boleh open trading . Jika tidak , anda hanya perlu tunggu jam seterusnya.
Tips **
Jika anda nak kan profit yang lebih banyak , anda hanya perlu open position lebih banyak.
Contoh :
CARA OPEN POSITION SELL - :
1. Pastikan current candle H1 close dahulu.
2. Di ikuti last candle di timeframe h1 , m30 , m15 dan m5 juga close sebagai BEARISH.
3. Pastikan price bergerak sekurang-kurangnya 3 - 4 pips dahulu dan entry SELL di current price. ( harga semasa )
4. Pastikan candle ke empat-empat timeframe close sebagai bearish. Manakala dalam gambar di atas , candle di timeframe m15 bukan close sebagai bearish tetapi masih di kira bearish , Ini kerana candle di timeframe m15 adalah candle rejection. Di mana seller masih menguasai market. Jika anda lihat fenomena seperti ini , masih valid untuk open position SELL. Sama seperti timeframe m5 , walaupun candle close sebagai bullish , tapi anda masih boleh entry SELL ini kerana , suda berlaku rejection di timeframe sebelumnya.
Tetapi untuk memudahkan anda semua , tunggu sahaja candle close sebagai di ke empat-empat timeframe. Dan barulah anda masuk position SELL. Gambar di atas saya berikan agar anda lebih faham jika berlaku setup sedemikian.
CARA OPEN POSITION BUY - :
1. Pastikan candle H1 close dahulu.
2. Pastikan last candle di ke empat-empat timeframe h1 , m30 , m15 , m5 close sebagai BULLISH. Tapi jika price close sebagai bearish di salah satu timeframe , anda masih boleh open entry BUY. Pastikan fenomena itu masih valid seperti setup SELL yang saya nyatakan di atas. Iaitu - :
- Candle Sell itu suda berlaku rejection - Market dalam keadaan trending BUY
3. Pastikan current candle bergerak sekurang-kurangnya 3-5 pips dan kemudian boleh instant BUY. Jika harga gagal untuk bergerak 3 - 5 pips , saya tak galakan anda open position .
4. Jika di perhatikan pada timeframe m30 , price dalam keadaan bearish.. tapi saya masih open entry BUY. Ini kerana rejection dari seller suda berlaku. Timeframe m15 , m5 juga strong bullish dan di ikuti oleh timeframe lebih besar iaitu h1. Jika setup begini muncul , anda boleh instant BUY sahaja. Tetapi untuk menguatkan lagi setup , anda di galakan
follow setup asal . Pastikan last candle ke empat-empat timeframe dalam keadaan BULLISH.
STOP LOSS 1. Stop loss untuk SELL - :
- Tetapkan stop loss mengikut candle high sebelum nya di timeframe h1. ( previous high ) -
Pastikan stop loss tidak melebihi 10 pips.
Tips***
- Pastikan price turun 3 pips ke bawah dahulu baru entry sell dan set stop loss kepada 10 pips.
- Cara ini boleh di gunakan untuk trader jenis intraday.
2. Stop Loss untuk BUY -:
- Tetapkan stop loss di low previous candle timeframe h1. Sekurang-kurangnya 10 pips.
- Jika price suda turun sebanyak 15 pips , stop loss akan di ubah kepada breakeven .
Tips Untuk Scalping Trader.
- Pastikan target harian anda dengan stop loss yang minima .
- Dengan cara ini , sekurang-kurangnya anda akan perolehi 80% keuntungan.
- Open entry sekurang-kurangnya 4 jenis matawang. Utamakan major pair atau matawang yang mempunyai spread rendah.
- Untuk kedua-dua setup , anda di galakan menunggu harga bergerak sekurang-kurang 3 - 5 pips baru instant BUY dan SELL. Jika price gagal break sebanyak 3 - 5 pips , anda tidak di galakan open trade.
Kesimpulan
1. H1 - Candle pukul 9 am close pukul 10 am 2. M30 - Candle pukul 9.30 close pukul 10 am 3. M15 - Candle pukul 9.45 close pukul 10 am 4. M5 - candle pukul 9.50 close pukul 10 am
- BUY jika last candle close bullish di ke empat-empat timeframe. Dan jika muncul candle sell di salah satu timeframe , pastikan candle tersebut hanya lah candle rejection atau tidak melepasi low candle bullish yang ada.
- SELL jika last candle close bearish di ke empat-empat timeframe. Dan jika muncul candle BUY di salah satu timeframe , pastikan candle tersebut hanya lah candle rejection atau tidak melepasi high candle bearish yang ada.