44 0 101KB
Latihan Imbuhan Awalan and Akhiran Gariskan kata berimbuhan yang betul. (16%)
1. Alex sedang _______ (memainkan / bermain / termain) bola di padang. 2. Puan Halimah sedang _________ (dicuci / mencuci / pencuci) pakaiannya. 3. Semua __________ (penonton / menonton / ditonton ) bertepuk tangan apabila persembahan di pentas itu tamat. 4. Pokok bunga itu ________ (ditanam / menanam / tanamkan) oleh ibu. 5. Shiela amat ________ (meminati / peminat / berminat) penyanyi itu sejak kecil lagi. 6. Walaupun kalah dalam pertandingan badminton itu, Sunny tidak pernah _______ (berputus / terputus) asa. 7. Amber Lim telah ________ ( dilantik / melantik / terlantik ) menjadi ketua pasukan bola keranjang sekolahnya. 8. Sesiapa yang berminat menyertai _________ (melawat / lawatan / dilawati) itu, sila beritahu guru kelas.
Jawapan : 1. bermain, 2. mencuci, 3. penonton, 4. ditanam, 5. meminati, 6. berputus, 7. dilantik, 8. lawatan
Latihan Imbuhan - Isikan tempat kosong dengan imbuhan yang sesuai Latihan Imbuhan
Bubuh imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang diberikan dalam ayat.
1. _____________ (tulis) yang terkenal itu sepupu saya. 2. Adik sedang ______________ (tulis) sepucuk surat kepada kawannya di Amerika. 3. Tolong _____________________ (letak) beg ini di atas meja itu. 4. Rumah Ali _____________________ (letak) di atas bukit. 5. Jangan ___________________ (dekat) pemuda itu kerana dia kepala angin. 6. Anda seharusnya tahu kalau sebuah planet berukuran sangat besar ________________ (dekat) Bumi. 7. __________________________ (pamer) itu akan diadakan selama sebulan. 8. Tolong _____________________ (pamer) lukisan itu di ruang tamu. 9. Ali ______________________ (pamer) hasil kraf tangannya di Pusat Pameran Kuching.
10. ______________________ (latih) yang diberi oleh Cikgu Ismail sangat merunsingkan. 11. Budak-budak itu sedang ____________________ (latih) olahraga di Stadium Bukit Jalil. 12. Untuk mahir bersilat kita perlu _______________ (latih). 13. Jurulatih itu __________________ (latih) pasukan keranjang sekolah saya. 14. Abang saya sedang menyiapkan ___________________ (tugas) yang diberikan oleh guru. 15. Pelajar dialu-alukan berjumpa dengan guru ________________ (tugas) andainya terdapat sebarang masalah. 16. Bapa saya menerima ______________ (rawat) di klinik kesihatan. 17. Doktor itu sedang __________________________ (rawat) ayah saya yang sakit tenat. 18. Kos ____________________ (rawat) penyakit kanser dianggarkan di antara RM40,000 hingga RM300,000.
Jawapan : 1. Penulis, 2. Menulis, 3. Letakkan, 4. Terletak, 5. Dekati, 6. Mendekati, 7. Pameran, 8. Pamerkan, 9. Memamerkan, 10. Latihan, 11. Berlatih, 12, berlatih, 13. Melatih, 14. Tugasan, 15. Bertugas, 16. Rawatan, 17. Merawat, 18. rawatan,
BM Tahun 3 - Latihan Kata Hubung Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. (14%)
kerana
sementara
sambil
tetapi
lalu
agar
ak
1. Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Wong. 2. Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak. 3. William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air. 4. Natasha suka makan ayam goring __________________ tidak suka makan sayur. 5. Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta. 6. Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin. 7. Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.
sej
Jawapan : 1. lalu, 2. sementara, 3. sambil, 4. tetapi, 5. kerana, 6. agar, 7. sejak
BM Tahun 3 : Latihan Kata Tanya Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai. (14%)
berapakah
mengapakah
apakah
siapa
bilakah
bagaimanakah
ma
na
1. ______________________ dua orang budak perempuan itu menangis di kantin ? 2. _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ? 3. _______________________ Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang ? 4. Lagu itu ditujukan kepada _____________ ? 5. Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ? 6. Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ? 7. ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam ?
Jawapan : 1. Mengapakah, 2. Berapakah, 3. Bagaimanakah, 4. siapa, 5. mana, 6. apakah, 7. Bilakah
BM Tahun 2 : Petikan Pemahaman 2 Bacakan petikan di bawah. Kemudian, jawap soalan-soalan berikut. (10%) Halim kawan baik saya. Nama ibunya Aminah, dia seorang guru. Ibu Halim seorang yang baik hati dan penyayang. Dia sentiasa
menjaga Halim dan keluarganya dengan penuh kasih sayang. Pada masa lapang, Halim akan mendengar cerita daripada ibunya. Halim sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana dia ingin menjadi orang yang pandai dan membalas jasa ibunya apabila dewasa.
1.
Siapakah nama ibu Halim ?
Nama ibu Halim ialah ______________________________________ . 2.
Apakah pekerjaan ibu Halim ?
Ibu Halim seorang _________________________________________ . 3.
Bagaimanakah ibu Halim menjaga Halim dan keluarganya ?
Ibu Halim sentiasa menjaga Halim dan keluarganya dengan _________________________________ _____________________________________________________ . 4.
Bilakah Halim akan mendengar cerita daripada ibunya ?
______________________________________ Halim mendengar cerita daripada ibunya. 5.
Mengapakah Halim belajar bersungguh-sungguh ?
Halim belajar bersungguh-sungguh kerana _______________________________________________ ___________________________________________________ _______________________________ .