Latihan Pemahaman [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

Jawab soalan-soalan pemahaman berdasarkan petikan di bawah. AKTIVITI MELEPAK Melepak ditakrifkan sebagai aktiviti berehat di kawasan-kawasan tertentu tanpa sesuatu tujuan yang berfaedah. Sejak kebelakangan ini, gejala ini didapati semakin serius sehingga terdapat banyak pelajar yang sanggup ponteng sekolah kerana ingin melepak. Antara keburukan melepak termasuklah membuang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Mereka berbual-bual terlalu lama di kedai kopi, berjalan mundar-mandir di kaki lima, atau duduk-duduk sahaja. Aktiviti ini memburukkan imej negara juga. Pelancong asing akan mendapat gambaran yang buruk tentang masyarakat di negara kita. Mereka berasa terganggu dengan suasana yang amat tidak menyenangkan ini. Mereka pasti akan membuat tanggapan bahawa Negara kita sedang menuju ke era keruntuhan moral. Aktiviti melepak akan mendorong seseorang melakukan sesuatu yang lebih buruk seperti mengambil dadah, minum minuman keras, mengikuti perlumbaan motosikal haram, dan sebagainya. Mereka juga akan merancang untuk melakukan sesuatu yang akan mendatangkan keseronokan. Masa sangat berharga. Masa yang telah berlalu tidak akan berulang. Oleh itu, kita perlu menggunakan masa untuk membuat kerja-kerja yang berfaedah.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “keruntuhan moral”?

_______________________________________________________

2. Apakah aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh pelajar-pelajar yang melepak?

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, apakah kesan aktiviti melepak ke atas diri para pelajar?

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________