40 0 38KB
Nama : Kelas : Tahun 3 Tarikh: Baca petikan di bawah dan jawab soalan pemahaman yang diberikan. Melawat Rakan di Hospital Pada petang Khamis yang lalu, Aznil bersama rakan-rakannya telah pergi ke Hospital Besar Selayang. Mereka ke sana untuk melawat Haziq yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua hari yang lepas. Aznil ketua kelas Tiga Marikh telah memberi buah tangan kepada ayah Haziq. Menurut ayah Haziq, Haziq telah dilanggar oleh sebuah kereta. Pada hari kejadian itu, Haziq dalam perjalanan pulang dari sekolah. Sebuah kereta yang dipandu laju telah terbabas dan melanggar Haziq. Haziq telah terbaling di atas jalan raya. Pemandu itu pula terus lari tanpa memberikan pertolongan. Mereka berasa simpati dengan nasib Haziq. Haziq mendapat kecederaan teruk di kepala dan kakinya pula terpaksa disimen kerana patah. Aznil dan rakan-rakannya berharap Haziq akan cepat sembuh dan kembali semula ke sekolah.
Soalan: 1. Di hospital manakah Haziq dirawat? ____________________________________________________ 2. Siapakah Ketua Kelas Haziq? ____________________________________________________ 3. Bagaimanakah kemalangan tersebut berlaku? ____________________________________________________