35 0 312KB
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOKURIKULUM Mata Pelajaran
: Unit Beruniform Pengakap
Tahun
: Tahun 6 Pintar
Tarikh
: 5 September 2018
Masa
: 15.30 ptg – 16.30 ptg (1 Jam)
Tempat
: Dataran Perhimpunan SK Tanah Puteh
Pemimpin Bertugas : Ahmad Fauzan Bin Abu Talib Sekawan Bertugas
: Sekawan Jingga
Lencana
: Lencana Kemajuan Keris Perak (Pengembara)
Tajuk
: Mengetahui cara mendirikan khemah ringkas untuk berteduh dan menurunkan khemah dan mengetahui sebelum mendirikan khemah itu, kedudukan arah angin, arah cahaya matahari.
Objektif
: Murid dapat menguasai kemahiran mendirikan dan menurunkan khemah tanpa pertolongan guru
Hasil Pembelajaran
: Pada akhir sesi perjumpaan, murid dapat menguasai dari segi : 1. Kognitif : a. Mengetahui cara-cara yang betul untuk mendirikan dan menurunkan khemah berdasarkan kedudukan arah angin dan arah cahaya matahari. 2. Afektif : a. Memupuk sifat kerjasama dan bertanggungjawab antara satu sama lain. 3. Psikomotor : a. Mendirikan dan menurunkan khemah pada setiap kali perkhemahan tanpa bantuan guru.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui arah cahaya matahari dan kedudukan arah angin Bahan Bantu Mengajar : Khemah, tali khemah, pacak, kayu, plastik beg, lembaran kertas, bendera, kertas mahjong, pen marker
Langkah / Masa
Isi Pelajaran / Kemahiran
Set Induksi 15.30 ptg -15.40 ptg (10 minit) (Fauzan-Akela)
Permulaan Perjumpaan Pek Laung Agung
Langkah 1 15.40 ptg -16.05 ptg
Aktiviti Mendirikan khemah dan menurunkan khemad
(25 minit) (Fauzan)
Tugas / Aktiviti PdPC Aktiviti Murid akan membuat upacara Laung Agung Menaikkan Bendera Malaysia Nyanyian Lagu Negaraku Doa Pemeriksaan Pakaian Pemimpin Berucap Pengumuman Akela Murid dibahagikan kepada 3 sekawan/ kumpulan. Guru menunjukkan cara/demonstrasi kepada murid. Perkembangan 1 Guru mengagihkan khemah kepada setiap kumpulan.
Catatan Nilai Semangat patriotisme Bahan Bendera
Nilai Kerjasama Bahan Khemah, tali khemah, pacak, batang kayu, plastik beg
Murid akan membuat tanpa pertolongan sesiapa
Murid perlu mengukur dimana kedudukan arah matahari
Murid perlu mengukur arah angin (mengikut kesesuaian)
*boleh digantikan dengan plastik beg Murid mendirikan khemah mengikut kedudukan arah angin dan kedudukan cahaya matahari yang ditetapkan Guru menilai cara mendirikan khemah
Perkembangan 2 Murid perlu menurunkan khemah tersebut mengikut langkah yang betul
Guru menilai cara murid menurunkan khemah Murid perlu menyimpan semula khemah ke dalam beg dengan kemas Langkah 2 16.05 ptg -16.15 ptg (10 minit) (Fauzan)
Permainan Melukis Pelan Tapak Perkhemahan
Murid-murid diagihkan kertas mahjong dan pen marker Berbincang sesama sekawan untuk membina pelan tapak perkhemahan
Nilai Kerjasama Bahan Kertas mahjong, pen marker
Guru menilai pelan tapak murid-murid Langkah 3 16.15 ptg -16.25 ptg (10 minit) (Fauzan)
Lagu Pengakap Lagu pengakap Disini Kita Berkumpul Sayounara
Aktiviti Murid berbaris mengikut sekawan. Guru memberikan kertas-kertas yang mengandungi lirik lagu. Guru menyanyikan terlebih dahulu untuk murid memahami rentak lagu tersebut. Guru meminta murid untuk menyanyikannya dan berkongsi dengan rakan sekelas.
Nilai Semangat patriotik Bahan Lembaran kertas
Penutup 16.25 ptg -16.30 ptg (5 minit) (Fauzan-Akela)
Permulaan Perjumpaan Pek Laung Agung
Aktiviti Murid akan membuat upacara Laung Agung Menurunkan Bendera Malaysia Nyanyian Lagu Negaraku Doa Pengumuman Akela
LAMPIRAN