55 0 49KB
NOTA TATABAHASA : SINTAKSIS
FUNGSI FRASA Antara fungsi frasa adalah : 1. Frasa berfungsi sebagai subjek dan predikat dalam binaan ayat. Binaan frasa
pula boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Contoh : Subjek
Predikat
1. Ibu
guru.
2. Ibu budak itu
guru sekolah.
3. Bapa budak lelaki itu
guru sekolah agama.
2. Frasa juga berfungsi menentukan pola ayat dengan kehadirannya dalam sesuatu
binaan ayat. Dalam Bahasa Melayu, binaan ayat terdiri daripada empat pola yang utama iaitu : I. Frasa Nama + Frasa Nama II. Frasa Nama + Frasa Kerja III. Frasa Nama + Frasa Adjektif IV. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Dalam Bahasa Melayu, semua binaan subjek terdiri daripada Frasa Nama (lihat contoh di atas). Manakala pola ayat dalam binaan predikat ditentukan oleh kehadiran frasa yang menjadi inti iaitu unsure yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna. a. Jika frasa nama yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat
tersebut adalah sebagai frasa nama + frasa nama. Contoh : Subjek
Predikat Frasa Nama
1. Ayahnya
pengurus.
2. Mereka
pelajar sekolah menengah.
3. Isteri Encik Ali
pegawai kanan di syarikat itu.
b. Jika frasa kerja yang menjadi inti dalam binaan ayat \, maka pola ayat tersebut
adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Kerja. Contoh : Subjek Predikat Frasa Nama 1. Orang itu 2. Mereka semua 3. Kanak-kanak
memanggil saya. melambaikan tangan. Manaiki bas sekolah
c. Jika frasa adjektif yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat
tersebut adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Adjektif. Contoh : SUBJEK
PREDIKAT FRASA ADJEKTIF
1. Dia
pandai.
2. Orang tua itu
sangat baik hati.
3. Kucing kesayangan itu
gemuk.
d. Jika frasa sendi nama yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat
tersebut adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Contoh: SUBJEK
PREDIKAT FRASA SENDI NAMA
1. Adik saya
di rumah.
2. Mereka semua
dari kampong.
3. Arahan itu
kepada semua pekerja.
1. Frasa juga berfungsi sebagai objek atau penyambut kepada kata kerja transitif
dalam binaan frasa kerja. Dalam Bahasa Melayu, objek atau penyambut ini mestilah daripada frasa nama. Contoh:
Frasa kerja dengan satu objek frasa nama. i. Saya menjawab surat itu. ii. Dia tidak mengabaikan tugasnya. iii. Mesin itu mengepam air.
Frasa kerja dengan dua objek frasa nama. i. Ahmad menghadiahi Ali buku. ii. Wanita itu membelikan anaknya baju.
1. Frasa juga berfungsi sebagai unsur penerang kepada subjek dalam binaan ayat.
Contoh: Subjek Frasa Nama Inti
Penerang 1
Penerang 2
Pakaian
kain kapas
buatan Malaysia ini
Rumah
harga murah
binaan kerajaan
Bangunan
pencakar langit
bentuk piamid itu