Nota Perbualan Lisan [PDF]

Nama: _________________________________________________ Kelas: ___________________ Nota Ujian Lisan Di dalam ujian lis

39 0 81KB

Report DMCA / Copyright

DOWNLOAD PDF FILE

Nota Perbualan Lisan [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

Nama: _________________________________________________

Kelas: ___________________

Nota Ujian Lisan Di dalam ujian lisan ada 2 bahagian 1. Bacaan 2. Perbualan Perbualan Bila si pemeriksa telah bertanyakan soalan, kamu hanya mempunyai lebih kurang 30 saat untuk menjawab soalannya. Dalam masa 30 saat itu, apa yang perlu berlaku di dalam minda kamu? Tahap 1  Ya  Tidak  Diikuti dengan sebuah cerita peribadi – daripada artikel akbar / pengalaman peribadi / cerita rekaan yang berkaitan dengan tajuk. Tahap 2  Mengapa kita perlu... / Ciri-ciri negatif Tahap 3  Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut / Penyelesaian(solution) Topik-topik yang sering di kemukakan: - Kesihatan - Internet - Aktiviti-aktiviti luar - Hobi - Telefon bimbit - Keluarga - Samseng Remaja - Pelajaran - Membaca - Kebersihan - Komputer - Teknologi - Televisyen - Bahasa Melayu / Inggeris - Masa - Makanan (Segera / Sihat) - Pencemaran Alam 1

Cikgu Liyana 2008 

Nama: _________________________________________________

Kelas: ___________________

Peta Minda (menyusun isi-isi perbualan)

Tahap 1  Pada pendapat saya, menjaga kesihatan itu sememangnya penting.  Di Singapura kita dapati bahawa ramai kanak-kanak pada hari ini mengalami masalah kegemukan.  Masalah ini bukan sahaja dialami di Singapura, malah ia juga didapati di negara-negara yg lain seperti, Amerika Syarikat.  Masalah kesihatan ini juga dihadapai oleh orang dewasa.  Besar kemungkinan, mereka tidak mengamalkan budaya sihat seperti bersenam dan menjaga makanan mereka.

KESIHATAN Pada pendapat kamu, adakah ia penting bagi kita untuk menjaga kesihatan?

Tahap 2  Masalah kesihatan dihadapi oleh semua golongan manusia.  Pelajar / Kanak-kanak - Apabila masalah kesihatan dihadapi oleh para pelajar, ini akan menggangu pembelajaran mereka. - Mereka akan terlepas pelajaran mereka di sekolah. - Jika mereka berdegil dan terus ke sekolah, mereka akan menjangkiti kawan-kawan mereka. - Seperti kes HFMD baru-baru ini.  Orang Dewasa - Jika orang dewasa jatuh sakit, ini akan menjejas prestasi mereka di tempat kerja dan mereka terpaksa mengambil cuti sakit. - Ini boleh menjejas pencarian wang mereka.  Warga Emas / Tua - Bagi warga emas pula, mereka memang senang sakit. - Jika mereka tidak menjaga kesihatan mereka dengan teliti, mereka akan sering jatuh sakit. - Mereka terpaksa ulang-alik ke hospital. 2

Cikgu Liyana 2008 

Tahap 3  Dari itu, kita perlu menjaga kesihatan kita.  Kita perlu mengamalkan budaya sihat.  Kita juga perlu bersenam dan juga menjaga makanan kita.  Mungkin pemerintah/guruguru boleh mengajar rakyat/murid-murid mereka untuk mengamalkan budaya sihat dengan mengelolakan kempen-kempen kesihatan.