Contoh Karangan UPSR [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

Contoh-contoh karangan. 1. Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) hampir menjelang. Tulis satu karangan mengenai persediaan anda menjelang UPSR.

-UPSR hampir -mula membuat persediaan

-Mengikuti kelas tambahan -pergi ke kelas tuisyen

Saya telah membuat jadual belajar yang menunjukkan subjek yang perlu diulangkaji setiap hari. Saya perlu belajar sekurangkurangnya dua jam dalam sehari. Saya mematuhi jadual tersebut dengan penuh disiplin.

-membuat jadual dan ikut -berdisiplin

Persediaan saya menjelang UPSR -membuat soalansoalan tahun lepas -membuat banyak latihan

-membuat study group -Semua persediaan sudah dibuat. -berdoa

Pada bulan Oktober ini, semua murid tahun enam di seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan UPSR. Sebagai salah seorang daripadanya, saya telah mula merasakan debaran menjelang peperiksaan ini. Untuk menduduki peperiksaan ini, banyak persediaan telah saya lakukan.

Selain itu , saya turut mengikuti kelas tambahan bagi subjek Sains dan Matematik yang diadakan di sekolah pada setiap hari selasa dan rabu. Pada hari khamis dan jumaat pula, saya pergi ke kelas tuisyen untuk mengulangkaji subjek Sains dan Bahasa Melayu. Pada hari sabtu dan ahad, saya akan belajar secara berkumpulan dengan kawan-kawan yang tinggal berhampiran dengan rumah saya. Kami akan mengulangkaji soalan latihan di kawasan taman berhampiran rumah. Kaedah ini sangat berguna kerana belajar secara beramai-ramai memudahkan saya mengingati sesuatu perkara dangan cepat. Seterusnya apabila saya mempunyai masa lapang, saya akan membuat soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas. Ini akan membuat saya bersedia dengan bentuk soalan yang akan ditanya nanti. Saya juga turut membuat banyak soalan latihan supaya lebih cekap menjawab soalan. Menjelang peperiksaan UPSR saya akan berdoa dan membuat solat hajat bersama ibu bapa saya. Saya berharap mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.

2. Tulis satu karangan mengenai kebaikan mengikuti kelas tuisyen.

Para pelajar yang menghadiri kelas tuisyen dapat mengulangkaji perkara yang mereka telah belajar di sekolah. Terdapat juga guru tuisyen yang mengajar perkara yang belum diajar di sekolah menyebabkan murid-murid lebih bersedia menerima pembelajaran di sekolah.

-banyak kebaikan kelas tuisyen -dapat mengulangka ji perkara yang penting

-bilangan murid yang sedikit

Selain itu, bilangan murid yang sedikit di dalam kelas membolehkan pelajar berinteraksi dengan guru mereka dengan lebih baik. Para pelajar bebas bertanya pelajaran yang mereka kurang faham jika dibandingkan di sekolah yang mempunyai ramai murid. Seterusnya, teknik yang digunakan di kelas tuisyen juga berbeza dengan cara pengajaran guru di sekolah. Guru di kelas tuisyen memberikan banyak soalan latih tubi menyebabkan murid lebih cekap menjawab soalan.

Kebaikan kelas tuisyen

-teknik yang diajar berbeza

Sejak akhir-akhir ini , semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen. Kelas tuisyen yang biasanya diadakan pada waktu petang atau malam ini dikatakan dapat mendatangkan banyak kebaikan kepada pelajar.

-Mengisi masa lapang

Di samping itu, para pelajar yang pergi ke kelas tuiyen dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang membuang masa seperti melepak. Para pelajar yang menghadiri kelas tuisyen dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat. Kesimpulannya, banyak kebaikan menghadiri kelas tuisyen. Oleh itu, pelajar boleh membuat pilihan untuk menghadiri kelas tuisyen bagi memantapkan pelajaran mereka.

3. Tulis satu karangan mengenai faedah-faedah menyertai pasukan berunifom.

-berdisiplin

-sifat bekerjasam a

-dapat menjauhi perkara tak baik -peluang pergi ke tempat lain

Badan berunifom seperti Kadet Polis dan Kadet Bomba melatih pelajar supaya lebih berdisiplin. Pelajar juga dapat belajar mematuhi masa dengan baik. Ini kerana mereka akan dikenakan hukuman sekiranya lambat melaksanakan sesuatu arahan. Selain itu, para pelajar juga dapat menambahkan kenalan mereka serta menambahkan ilmu pengetahuan baru. Contohnya, apabila seseorang pelajar menyertai Pasukan Pengakap, dia akan belajar tinggal di hutan dan melakukan aktiviti lasak yang mencabar kekuatan fizikal dan mental.

Faedah menyertai badan berunifom

-menambahkan kenalan/kawan -menambah ilmu

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan setiap pelajar yang bersekolah di sekolah kerajaan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum seperti badan berunifom. Terdapat banyak faedah apabila pelajar menyertainya.

Seterusnya, mereka juga boleh belajar bekerjasama dalam satu pasukan untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Mereka juga boleh mengisi masa lapang daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak dan merokok. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai pasukan berunifom. Oleh itu, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak mereka menyertainya.

4. Tulis satu karangan mengenai kebaikan menonton televisyen.

Pada zaman sekarang, setiap rumah dilengkapi sekurangkurangnya sebuah televisyen. Menonton televisyen memberikan banyak kebaikan kepada kita. Rancangan seperti berita semasa dan luar negara amat penting supaya kita sentiasa peka akan hal ehwal semasa. Ini dapat memberikan kita pendedahan supaya kita tidak jadi seperti “katak di bawah tempurung” .

-ilmu sains dan teknologi

-hal ehwal semasa

Faedah menonton TV -hiburan sekeluarga -merapatkan hubungan

Seterusnya, banyak rancangan televisyen yang memberikan keinsafan dan pengetahuan agama yang baru. Rancangan seperti Bersamamu membuatkan kita insaf akan nasib mereka yang daif di luar sana. Rancangan al-Kulliyah pula mengajak kita lebih mengenali agama Islam.

-banyak kebaikan -agama

-kena pantau anak-anak

Selain itu, rancangan televisyen seperti National Geografi memberikan kita pelbagai informasi baru mengenai dunia haiwan dan teknologi terkini. Melalui rancangan ini juga, kita boleh belajar mengenai ilmu sains secara interaktif.

Kesimpulannya, menonton televisyen bayak kebaikannya. Selain menghiburkan, rancangannya juga mampu mengeratkan hubungan seisi keluarga. Walaubagaimanapun, ibu bapa perlulah mengawasi anak mereka supaya tidak terlalu leka menonton televisyen.

5. Makanan ringan mendatangkan banyak masalah kesihatan. Tulis satu karangan mengenai keburukan makan makanan ringan kepada kanak-kanak.

-kurang berkhasiat

-mempunyai bahan perasa

-tidak kenyang

-jauhi makanan ringan

Makanan ringan biasanya diawet supaya tahan lama. Pengawet dan perasa yang digunakan pula mengandungi bahan kimia yang tidak berkhasiat dan menyebabkan masalah kerana bahan-bahan ini tidak diperlukan oleh badan kita. Selain itu, makanan ringan juga tidak mengenyangkan walhal kanak-kanak memerlukan banyak tenaga untuk proses tumbesaran mereka. Oleh itu, tabiat membeli makanan ringan menyebabkan pembaziran wang.

Keburukan makanan ringan -Menyebabkan penyakit

Kebelakangan ini, banyak iklan makanan ringan disiarkan di kaca televisyen. Ini memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak kerana makan makanan ringan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada mereka.

Seterusnya, makan makanan ringan juga menyebabkan pelbagai penyakit seperti obesiti dan pereputan gigi. Ini kerana makanan ringan biasanya mempunyai kandungan gula dan lemak yang lebih daripada yang diperlukan badan kita. Kesimpulannya, ibu bapa perlulah menjauhi anak mereka daripada makan makanan ringan. Ini kerana tiada sebarang manfaat yang diperoleh jika kita makan makanan ringan.

6. Piramid makanan menunjukkan tabiat pemakanan seimbang. Tulis satu karangan mengenai makanan seimbang.

-karbohidrat banyak

-sayur dan buahbuahan

-Kurangkan gula minyak dan garam -amal cara hidup sihat

Pertama sekali, kita perlulah mengambil karbohidrat dalam jumlah yang banyak kerana makanan ini merupakan sumber tenaga kepada tubuh kita. Makanan seperti roti dan nasi adalah contoh makanan berkarbohidrat tinggi. Selain itu, kita juga perlu memperbanyak pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini sangat penting sebagai sumber vitamin dan mineral yang digunakan untuk kesihatan tubuh.

Piramid makanan

-kurangkan makanan berlemak

Pada era globalisasi ini, semakin ramai manusia yang mengalami masalah kesihatan berikutan amalan pemakanan yang tidak seimbang. Amalan pemakanan yang seimbang amat penting supaya kita dapat menjalani hidup dengan sihat dan ceria.

Seterusnya, makanan berlemak seperti daging dan susu pula perlu diambil dalam jumlah yang sedikit. Makanan ini adalah sumber protein utama tubuh. Walaubagaimanapun, pengambilan secara berlebihan boleh meyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Dalam pada itu, untuk cara hidup yang sihat, kita perlulah mengurangkan pengambilan minyak, garam dan gula. Ini kerana badan kita memerlukan bahan ini dalam jumlah yang sedikit sahaja. Kesimpulannya, kita perlulah makan secara seimbang untuk menjamin kesejahteraan kita.

7. Membaca merupakan amalan yang sangat penting untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Tulis satu karangan mengenai kepentingan membaca.

Pada zaman globalisasi ini, ilmu pengetahuan amat penting kepada kita. Salah satu cara untuk mendapatkannya adalah dengan amalan membaca. Pelbagai kebaikan boleh diperolehi dengan membaca. Kebaikan yang pertama adalah, amalan membaca dapat memperbaiki kelemahan kita dalam penggunaan bahasa. Justeru, kita boleh memahami

-memberikan ilmu pengetahuan

-membaiki tatabahasa

Kebaikan membaca

-memberikan hiburan ringan

-memperkaya kosakata

-bagus diamalkan dari kecil

8. Tulis satu karangan mengenai cara-cara menggalakkan muridmurid membaca.

-ruang membaca

-aktiviti nilam

Galak Membaca

-ibu bapa contoh baik

Langkah yang pertama adalah, ibu bapa perlu memberikan contoh yang baik. Mereka perlu menyediakan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak. Mereka juga perlu mempraktikkan budaya membaca supaya anak-anak turut berminat untuk membaca. Selain itu, di sekolah pula, satu ruang untuk meletakkan bahan bacaan boleh dibuat di dalam kelas. Murid-murid boleh membawa bahan bacaan dari rumah supaya boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

-penting

-marilah membaca

Membaca amat penting untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun, masih ramai lagi murid-murid yang belum terdedah dengan tabiat membaca. Pelbagai langkah boleh diambil untuk menggalakkan mereka membaca.

Seterusnya, aktiviti NILAM yang sedia ada perlu diteruskan. Melalui aktiviti ini, murid-murid perlu membaca sekurangkurangnya dua buah buku sebulan. Sekiranya mereka banyak membaca, hadiah saguhati akan diberikan kepada mereka. Kesimpulannya, amalan membaca perlu dipupuk ke dalam jiwa murid- murid kerana membaca itu sumber pengetahuan yang amat penting.

9. Tulis satu berita mengenai kegiatan gotong-royong yang telah dianjurkan oleh pihak PIBG sekolah anda.

-aktiviti apa

-perasmian

-berapa ramai

Gotongroyong

10. Tulis satu karangan mengenai faedah menabung. 11. Keruntuhan moral remaja semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Tuliskan satu karangan mengenai punca masalah keruntuhan moral di kalangan remaja. 12. Peratusan remaja merokok didapati semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Tuliskan satu karangan mengenai keburukan merokok. 13. Kempen-kempen untuk mengatasi masalah buang bayi semakin banyak disiarkan di televisyan sejak kebelakangan ini. Bincangkan mengapa masalah ini semakin kerap terjadi? 14. Malaysia mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang menarik. Tuliskan satu karangan mengenainya. 15. Perkhidmatan jalur lebar (internet) banyak memudahkan urusan harian. Tuliskan satu karangan mengenai kebaikan melayari internet kepada pelajar. 16. Masalah pencemaran alam sekitar semakin emnjadi sejak akhirakhir ini. Tuliskan satu karangan mengenai langkah-langkah untuk mengatasinya. 17. Tuliskan satu karangan peribahasa “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. 18. Tuliskan karangan bertajuk “ Bagaikan kacang lupakan kulit”.

19. “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia tidak berguna”. Tuliskan satu karangan mengenainya.