CONTOH KARANGAN BAHAGIAN A Kepentingan Peraturan Di Sekolah [PDF]

  • 0 0 0
  • Gefällt Ihnen dieses papier und der download? Sie können Ihre eigene PDF-Datei in wenigen Minuten kostenlos online veröffentlichen! Anmelden
Datei wird geladen, bitte warten...
Zitiervorschau

CONTOH KARANGAN BAHAGIAN A : KEPENTINGAN PERATURAN DI SEKOLAH Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan peraturan di sekolah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.  mendidik pelajar supaya berdisiplin  melahirkan pelajar yang berjaya  melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dalam mengurus masa KEPENTINGAN PERATURAN DI SEKOLAH Mutahir ini, masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan dari sehari ke sehari. Secara umumnya, kita telah mengetahui kejayaan seseorang bermula daripada sikap peribadi yang dimiliki. Justeru itu, untuk memiliki sikap yang baik dan disiplin diri yang mantap merupakan tonggak utama kejayaan pelajar. Perlaksanaan peraturan sekolah kepada para pelajar adalah salah satu cara mnelahirkan pelajar yang berjaya. Antara kepentingan peraturan di sekolah ialah mendidik pelajar supaya berdisiplin. Mematuhi peraturan bukanlah untuk menyusahkan pelajar tetapi mendidik mereka supaya peka dengan persekitaran. Sebagai contoh, ketika perhimpunan rasmi pelajar di didik supaya menghormati majlis yang diadakan dengan menjaga tingkah laku supaya sentiasa senyap dan memberi tumpuan. Selain itu, mematuhi peraturan dapat melahirkan pelajar yang berjaya. Dalam hal ini, bukan sahaja sekolah malah negara juga turut berbangga kerana dapat membentuk modal insan kelas pertama yang berkualiti sekaligus dapat menjadi pemagkin negara pada masa akan datang. Disiplin dalam diri juga merupakan persediaan pelajar sebelum memasuki alam perkejaan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Akhir sekali, peraturan yang dilaksanakan dapat melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dalam mengurus masa, menghargai kemudahan pendidikan yang disediakan serta insan disekeliling mereka. Hal ini dapat mendidik mereka supaya bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai seorang pelajar. Sebagai contoh, semua pelajar diminta hadir ke sekolah 5 minit awal sebelum waktu persekolahan bermula. Ini menunjukkan bertapa pentingnya pengurusan masa. Tuntas bicara, pelaksanaan peraturan sekolah banyak memberi kebaikan kepada pelajar. Hal ini bukan sahaja memudahkan guru untuk mengajar tetapi memdidik pelajar supaya memiliki matlamat yang jelas untuk berjaya dan tidak menjadi seperti kapal patah haluannya.

(260 patah perkataan)