59 0 147KB
TATA BAHASA TINGKATAN DUA PENANDA WACANA
Kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat dalam perenggan yang sama atau perenggan yang baru supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyai kesinambungan. Contoh Penanda Wacana: biarpun demikian, di samping itu, lebih-lebih lagi, namun begitu, oleh itu, sehubungan itu, tambahan pula, walau bagaimanapun ...
Latihan 1 Gariskan Penanda Wacana yang sesuai bagi ayat-ayat berikut. 1.
Dulu Kak Murni tidak berani memandu kereta. ( Lantaran itu, Walau bagaimanapun) kini dia sudah cekap memandu kereta ke mana-mana saja. 2. (Justeru, Kemudian) saya tetap akan mempertahankan jawatan dalam persatuan ini. 3. “Kegagalan ini bukan untuk ditangisi. (Sebaliknya, Selain itu) kegagalan ini perlu dijadikan pengajaran dan pembangkit semangat untuk kamu berusaha dengan lebih gigih lagi,” nasihat Cikgu Kumar kepada Sahalan. 4. Saya tidak sempat menelefon kamu belakangan ini kerana banyak kerja. (Namun begitu, Tambahan pula), saya mengalami demam campak selama dua minggu. 5. Saya memang teringin datang ke majlis hari lahir kamu. (Namun begitu/Oleh itu), saya terpaksa menemani ibu untuk pulang ke kampung. 6. (Sesungguhnya/Akhirnya) kami terpaksa bermalam di Ipoh kerana kereta ayah rosak. 7. Program lawatan itu tidak mendapat sambutan daripada para pelajar. (Oleh itu/Namun begitu), program tersebut terpaksa dibatalkan. 8. Semasa negara dijajah, rakyat berasa tertindas. (Sesungguhnya/Oleh itu) mereka menentang penjajah habishabisan. 9. (Malangnya/Kesimpulannya), kita perlu menuruti nasihat orang tua-tua meskipun nasihat tersebut bertentangan dengan naluri kita. 10. Dia sangsi akan khabar angin yang didengarnya itu.( Namun demikian/ Justeru), dia tidak mahu mempercayai khabar itu.
Latihan 2 Bina satu ayat yang mengandungi Penanda Wacana berikut: 1.
Dasawarsa ini, ___________________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________
2.
Kini, ___________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ Di samping itu, ___________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________
3.
4.
5.
Oleh itu, ___________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ Pada era globalisasi ini, ___________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
PENANDA WACANA Penanda wacana yang sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan dan Pemahaman, Karangan Respons Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan pada peringkat PMR) penanda -apa yg digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan: wacana 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen): Ayat contoh: Kita merindui dunia subur kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang mendalam dan pembacaan karya sastera yang banyak. i) Penanda wacana untuk memulakan karangan 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Pada era globalisasi ini, Dalam meniti arus kemodenan ini, Dewasa ini, Pada masa ini, Kini, Dasawarsa ini,
dasawarsa -masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin mengambil masa satu ~; perayaan ~ perayaan yg diadakan pd tahun kesepuluh tertubuhnya dsb sesuatu, perayaan ulang tahun yg kesepuluh. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.
Sejak sedekad yang lalu, Kebelakangan ini, Belakangan ini, Sejak akhir-akhir ini, Baru-baru ini, Umum mengetahui bahawa, Sejak zaman-berzaman Sejak dahulu lagi Pada tahun-tahun belakangan ini,
ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke seterusnya) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
Antara, Selain itu, Di samping itu, Sementara itu, Dalam pada itu, Lain daripada itu Dalam pada itu, Seterusnya, Begitu juga dengan Akhir sekali,
iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan 1. Saya berpendapat demikian kerana 2. Hal ini dikatakan demikian kerana 3. Hal ini berlaku kerana 4. Hal ini terjadi kerana 5. Hal ini disebabkan oleh 6. Hal ini wujud akibat daripada 7. Hal ini bersangkut-paut dengan 8. Hal ini berpunca daripada 9. Hal ini tercetus apabila 10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya…………….. iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan 1. 2. 3. 4.
Misalnya, Contohnya, Sebagai contoh, Tamsilnya,
tamsil 1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh); 5. 6. 7. 8. 9.
Seperti yang kita sedia maklum, Antaranya adalah seperti Satu contoh Satu cara Antara contoh
v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Hal ini mengakibatkan Hal ini menyebabkan Oleh itu, Maka, Oleh hal yang demikian, Oleh sebab itu, Jelaslah bahawa Justifikasinya,
justifikasi -sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd kelemahan tersebut; menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu. vi)Penanda menutup isi 1. 2.
Kesannya, Natijahnya,
natijah -Ar keputusan (daripada sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik natijahnya; natijah daripada perkembangan ekonomi kolonial sepertr itu amat buruk padahnya kepada masyarakat Melayu. 3. 4. 5.
Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,
6. 7. 8.
Kesudahannya, Dengan berbuat demikian, Dengan keadaan sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
justeru juga malah malahan tambahan pula sementelahan bahkan juga sekali gus di samping bahkan malar-malar
viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup 1. 2.
Kesimpulannya, Intihanya,
intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup. 3.
Secara tuntas,
tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, selesai, sempurna: saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas; menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya atau segala-galanya; ketuntasanperihal (keadaan, sifat) tuntas; ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas. 4. 5.
Tuntasnya,…………. Konklusinya,
konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan. 6. 7. 8. 9. 10.
Sebagai penutup wacana, Sebagai penghias bicara akhir, Sebelum mengakhiri wacana ini, Secara keseluruhan, Secara total,
total 1. bp jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jeneral Id jumlah semuanya; perang ~ perang habis-habisan (segenap rakyat turut berperang); ditotal bp dijumlahkan, dicampurkan (semuanya). 11.
Akhir kata,
ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
Walau bagaimanapun, Namun demikian, Namun begitu, Meskipun, Daripada perspektif yang berbeza, Jika dilihat dari sudut lain, Dengan kata lain, Kontradiksinya, Di sebalik itu, Dalam pada itu, Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat 1. ___bak /seperti kata peribahasa, bak I -sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak. 2. ___bak kata peribahasa Melayu, 3. ___bak kata pepatah Melayu, 4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll 5. ___bak kata mutiara, 6. ___bak peribahasa, 7. ___bak pepatah, 8. ___bak kata cendekiawan,/ pujangga 9. ___persis kata peribahasa, persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari; kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai. 10. ___persis kata peribahasa Melayu, 11. ___persis kata orang tua-tua, 12. ___persis kata mutiara, 13. ___persis peribahasa, 14. ___persis kata cendekiawan, 15. Hal ini sama dengan peribahasa 16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni 17. Fenomena ini dikatakan 18. Masalah ini sama dengan peribahasa 19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan 20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua