41 0 430KB
WSC 227 PENGURUSAN ACARA SIDANG AKADEMIK 2013/2014
KERTAS KERJA
LARIAN 1 USM 2014 ANJURAN
KELAB PENGURUSAN ACARA USM DISEDIAKAN KEPADA:
EN IDRUS HJ RAPIE SUMALIN PETNIN | AFRINA SHAHEERA |MUHAMMAD AMIN | NUR SAFINAZ NURUL FATIHAH | NURUL ‘IZZATI | MUHAMAD AMIRULFAIZ | MUHAMAD RADI
PENGENALAN Kelab Pengurusan Acara Universiti Sains Malaysia (USM) berhasrat untuk menganjurkan program yang melibatkan semua ahli Kelab Pengurusan Acara USM. Berhasrat untuk mewujudkan interaksi dan rangkaian positif di kalangan ahli ke arah perkongsian pengalaman,pemupukan semangat dan penghargaan kendiri yang positif. Tujuan untuk mempromosi dan memperkenalkan Kelab Pengurusan Acara USM kepada warga USM dengan lebih dekat lagi.
Program ini bakal memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup yang sihat. Negara Malaysia berhasrat melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja pintar dalam akademik tetapi juga cergas dari aspek fizikal.
OBJEKTIF 1.
Medium yang sesuai untuk menarik minat para pelajar agar menyertai bidang sukan secara lebih aktif dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum.
2.
Menjalinkan hubungan silaturrahim yang erat antara pelajar USM dengan staf-staf USM terutamanya dari segi kesukanan melalui sifat kesefahaman, kekeluargaan, persahabatan dan kasih sayang sekali gus memperkasakan konsep Insaniversiti.
3.
Membina rangkaian yang positif dan merapatkan interaksi sosial antara para pelajar dan staf dari kesemua cawangan USM.
4.
Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam kelangan warga USM sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
5.
Menjadikan Program Larian 1 USM ini sebagai sebahagian daripada program tahunan Kelab Pengurusan Acara USM.
TEMA
“Outrun Yourself to Be Healthy”
KUMPULAN SASARAN
Terbuka kepada semua mahasiswa USM dan dianggarkan sebanyak 300 orang peserta terlibat.
Terbuka juga kepada semua staf dan juga pensyarah-pensyarah pusat pengajian.
PERINCIAN PROGRAM
Tarikh : 4 April 2014 Masa : 8 pagi – 12 tengahari Tempat : Stadium Universiti Sains Malaysia, USM
SUMBER KEWANGAN
Tabung Kelab Pengurusan Acara USM : 306.JHEP.2325123
Kutipan yuran daripada peserta
Pihak penajaan
TENTATIF PROGRAM
TARIKH : 4 APRIL 2014 (JUMAAT) TEMPAT : STADIUM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
8.00 pagi
: Pendaftaran Peserta : Kategori Staf dan Pensyarah USM [Lelaki] : Kategori Staf dan Pensyarah USM [Wanita] : Kategori Mahasiswa Cergas : Kategori Mahasiswi Cergas
8.30 pagi
: Taklimat Tentang Laluan Larian Dan Kategori Hadiah : Senaman Ringan : Peserta Mengambil Tempat Di Tempat Pelepasan : Pelepasan oleh Encik Indrus Haji Rapie – Penasihat Kelab Pengurusan Acara.
9.00 pagi
: Peserta Memulakan Larian Di Tempat Pelepasan
10.00 pagi : Peserta Menamatkan Larian. : Sarapan Pagi/Rehat/Berkumpul Di Stadium
TENTATIF PROGRAM 10.30 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat : Professor Dato‟ Dr. Omar Osman, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia
10.35 pagi : Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Majlis 10.45 pagi : Ucapan Alu-aluan oleh:1) Muhammad Amin bin Sanusi – Pengarah Projek „Larian 1 USM 2014‟ 2) Encik Idrus Haji Rapie - Penasihat Kelab Pengurusan Acara
3) Professor Dato‟ Dr. Omar Osman, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia 11.15 pagi : Upacara Perasmian oleh Tetamu Kehormat Professor Dato‟ Dr. Omar Osman Naib Canselor,
Universiti Sains Malaysia
11.30 pagi : Penyampaian Hadiah dan Cenderahati 12.00 t/hari : Keberangkatan Tetamu Kehormat ke Majlis Jamuan Makan. : Majlis Bersurai
SEKRETARIAT KERJA Penasihat
: Encik Idrus Haji Rapie
Pengarah Projek
: Muhammad Amin Bin Sanusi
Timbalan Pengarah Projek
: Nur Safinaz Binti Mukhtar
Setiausaha
: Nurul Fatihah Binti Arman
Bendahari
: Nurul „Izzati Binti Alias
Ahli Jawatankuasa Makanan Khairul Protokol Teknikal Pengurusan Peserta
: Muhammad Amirulfaiz Bin : Afrina Shaheera Binti Mazree : Muhamad Radi Bin Dzulkafli : Sumalin Petnin a/p Tanat
KEWANGAN
PENUTUP Program Larian 1 USM 2014 anjuran Kelab Pengurusan Acara USM, diharap ia mendapat sambutan setiap ahli Kelab Pengurusan Acara USM dan semua staf serta mahasiswa-mahasiswi USM.
Program ini diharapkan agar dapat berjalan dengan lancar serta dapat merealisasikan objektif yang telah digariskan. Seterusnya ia akan dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
RUN = HEALTHY KELAB PENGURUSAN
ACARA USM